Apa itu Sunnah?

Sunday, December 11, 2011

Kelebihan Doa Untuk Umat Islam



Subhanallah... betapa rahmatnya Allah Sunhanahu Wata'ala:

Cuba bayang dalam fikiran anda:
Dalam dunia ini ada lebih kurang dua million umat Islam..
Apabila kita doa untuk mereka dalam satu doa yang memakan masa tidak sampai satu minit maka kita boleh dapat pahala kebaikan sebanyak dua million.

Contoh Doa:
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, kedua ibubapaku, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil... dan ampunkanlah dosa sekalian kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. washallahu ala saidina Muhammad wa ala alihi washahbihi wallam. wal hamdulillahi rabbil alamin

Monday, November 28, 2011

Doa sentiasa dalam perhatian Allah



oleh bagi sesiapa yang berdoa, hendaklah ia bersangka baik kepada Allah bahawa doanya diterima oleh Allah setelah ia berdoa bersungguh-sungguh...

Tuesday, November 1, 2011

Monday, October 17, 2011

Doa itu memuliakan Allah


Oleh itu perbanyakkanlah doa sebagai membuktikan bahawa anda memuliakan yang Maha Memberi terhadap setiap permintaan hambaNya.

Sunday, October 16, 2011

Inginkan Bendahara Syurga?



Bacalah berapa banyak yang anda suka... nak banyak boleh, nak sedikit pun boleh, asalkan buat... bila masa sahaja dalam semua keadaan. orang yang kaya di akhirat adalah orang yang paling banyak melakukan kekayaan untuk akhirat.

Saturday, October 1, 2011

Zikir: Penambahberat Timbangan Amalan

Di Dunia ini, bagi peniaga-peniaga yang menjual barang-barang secara timbang, mereka sangat berharap agar barang-barang yang mereka jual itu berat dan mendapat keuntungan yang banyak... sehinggakan sesetengah di antara mereka merendam barangan itu di dalam air agar ia berat apabila ditimbang seperti sayur-sayuran, taugeh, buah-buahan selain ia menampakkannya lebih segar pada pandangan mata pada hal barangan itu bukan segar...

Pada hari akhirat pula bagi orang manusia, mereka sangat berharapkan agar amalan kebaikan yang mereka buat semasa hidup di dunia menjadi lebih berat ketika timbangan amalan itu. oleh itu perbanyakkanlah membaca zikir ini agar amalan kita menjadi lebih berat apabila ditimbang nanti... ini adalah hadiah daripada Allah untuk mereka yang beriman.

Monday, August 22, 2011

Zikir: Menumbuhkan Pokok Dalam Syurga

cuba kamu perhatikan... dalam masa 1 minit dah berapa banyak pokok yang dapat ditanam dalam Syurga??? sedangkan untuk tanam satu pokok kelapa di dunia ini dengan keadaan penat lelah dan siram hari-hari lepas tujuh tahun baru dapat hasil...
Dalam satu minit kamu boleh tanam 80 pokok
dan dalam masa 10 mint boleh tanam 800 pokok...
lama sangat ke masa 10 minit tu???

Saturday, August 20, 2011

Penghulu Istighfar

Jika ditakdirkan ia mati pada hari yang dibacanya pasti dimasukan ke dalam Syurga

Monday, August 8, 2011

Zikir: Perumpamaan bagi yang hidup dan mati

Orang yang berzikir kepada Allah adalah orang yang hidup manakala orang yang mati adalah orang tidak berzikir kepada Allah...
Hati manusia perlu kepada makanan iaitu zikir, apabila tidak berzikir maka ia tiada makanan... ini akan menyebabkan hati jatuh sakit...
hati yang sakit akan mendatang banyak masalah....

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ- الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Aal Imran:190-191

Ini bererti zikir boleh dilakukan dalam semua keadaan dan suasana seperti ketika:

Sapu sampah, potong bawang, tumbuk lada, siang ikan, potong sawi, jemur kain, sterika baju, menonton TV, duduk lepak, tunggu lampu hijau, dalam kereta, atas motosikal, atas basikal, duduk tengok bola, tunggu kawan, perhentian bas, pondok jaga, pancing ikan, candat sotong, atas perahu, depan computer, dalam lif, naik tangga, tunggu giliran kat bank dan lain-lain yang tidak habis dinyatakan di sini. Sama berwuduk atau tidak, berjunub atau tidak, mengadap kiblat atau tidak.. Ia ibadat yang mudah dilakukan.

Sunday, July 17, 2011

Monday, July 11, 2011

Monday, June 20, 2011

Di penjuru hajar aswad

Jika boleh kucup hajar aswad sunat kucup... jika tidak, hendak mengisyarat kepada hajar aswad dan bertakbir iaitu: بسم الله الله أكبر dan memulakan perjalan untuk tawaf.. Peringatan! Hajar aswad sentiasa berlumur dengan minyak wangi oleh itu bagi sesiapa yang berada dalam ihram maka ia diharam menyentuh minyak wangi tersebut yang ada pada hajar aswad.