Apa itu Sunnah?

Monday, July 28, 2014

Tuesday, July 22, 2014

PERSIAPAN MENYAMBUT AIDILFITRI



Sekarang kita telah pun memasuki hari-hari terakhir bulan Ramadan. Ini bererti umat Islam hanya beberapa hari saja lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam khususnya bagi orang-orang yang berpuasa, tetapi pada masa yang sama hati kita turut merasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan ini kerana kita belum pasti lagi akan dapat berjumpa bulan Ramadan yang akan datang kecuali jika diizinkan dan dipanjangkan umur oleh Allah Subhanahu waTa'ala. 
Sebagaimana kelazimannya apabila saja hampir tiba Hari Raya Aidilfitri maka kebanyakan di antara kita akan sibuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya seperti menyediakan keperluan rumah, menyediakan pakaian, menyediakan makanan dan minuman dan bermacam-macam lagi persediaan, semuanya itu demi meraikan Aidilfitri yang mulia. Tetapi apa yang perlu kita ingat walau macam manapun kesibukan kita, janganlah kita lupa dan lalai kewajipan terhadap Allah Subhanahu waTa'ala khususnya di akhir-akhir bulan Ramadan ini iaitu membayar zakat fitrah kerana ia merupakan satu kewajipan dan pelengkap ibadat puasa serta penampal atau penutup kecacatan-kecacatan yang berlaku ke atas ibadat puasa yang kita lakukan.
Sebenarnya agama Islam adalah agama yang mudah dan tidak mahu umatnya hidup susah kerana itu kita dinasihatkan supaya hidup sentiasa bersederhana, tidak berlebih-lebihan dan membazir, contohnya dalam menyambut Hari Raya Al-Mubarak ini, sambutlah secara sederhana dan berhemah, jangan terlalu ikut hati sehingga berbelanja lebih dari kemampuan dan menyusahkan diri, jangan jadikan sambutan Hari Raya Aidifitri untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah sehingga berlaku pembaziran dan menjadikan kita bersifat riyak. Biarlah kita menjadi umat yang sederhana yang tidak melampau dan tidak keterlaluan dalam semua hal.

Firman Allah Subhanahu waTa'ala dalam Surah Al Israa' ayat 26 - 27: 
وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (27)
Maksudnya:
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Perlulah kita fahami bahawa tujuan utama Hari Raya Aidilfitri adalah untuk meraikan kejayaan hamba-hamba Allah yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan, kerana itu sambutan yang dilakukan juga biarlah atas landasan agama dan tetap menjadi ibadah. Firman Allah Subhanahu waTa'ala dalam Surah al-Baqarah ayat 185:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya:
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Begitu juga sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis:
وعن نافع : " أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجهر بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى يأتي الإمام ، فيكبر بتكبيره " أخرجه الدارقطني بسند صحيح
Maksudnya:
Bahawa Ibnu Umar RA, apabila beliau keluar pada hari raya sama fitri atau adha, beliau bertakbir secara meninggikan suara sehingga sampai tempat sembahyang kemudian terus takbir sehingga datang imam dan sama-sama bertakbir beliau.

Bagi mencapai maksud tersebut agama Islam memberikan kita bimbingan dan panduan cara sambutan yang betul untuk diikuti dan dipraktikkan, antaranya ialah : 

Pada Malam Hari Raya Pertama kita disunatkan menghidupkan malam tersebut dengan laungan takbir dan terus menghidupkannya dengan bacaan Al-Qur'an, berzikir, berdoa dan sebagainya. Bukan meraikan malam tersebut dengan perkara-perkara yang membahayakan dan memudaratkan apatah lagi perkara yang mengganggu ketenteraman orang lain dan elakkan membuat persiapan di saat-saat akhir sehingga larut malam menyebabkan ada yang tidak sempat menunaikan Sembahyang Fardu Subuh dan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri kerana tidak terjaga dan keletihan. 

Pada pagi Hari Raya pula, kita disunatkan mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukannya mandi seperti hari-hari biasa, kita juga disunatkan memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut, memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.  Sebagaimana yang diriwayatkan dalam kitab Muwatta':
فقد أخرج مالك في موطئه عن نافع : " أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يغتسل يوم الفطر قبل أن يغدو إلى المصلى " وهذا إسناد صحيح
Maksudnya:
Daripada Nafi' katanya:Ibnu Umar RA mandi hari raya fitrah sebelum bertolak ke tempat sembahyang raya. 

Begitu juga dalam riwayat yang lain:
عن ابن عمر رضي الله عنهما أيضاً لبس أحسن الثياب للعيدين . قال ابن حجر : " روى ابن أبي الدنيا والبيهقي بإسناد صحيح إلى ابن عمر أنه كان يلبس أحسن ثيابه في العيدين ". ( فتح الباري 2/51
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar RA juga bahawa beliau memakai pakaian yang terbaik untuk dua hari raya.
Sebelum ke masjid untuk bersembahyang Hari Raya pula, kita disunatkan memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil, inilah yang diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam sebelum ke masjid untuk bersembahyang Hari Raya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis:
عن أنس رضي الله عنه قال : " كان النبي صلى الله عليه وسلم لا يغدوا يوم الفطر حتى يأكل تمرات ، ويأكلهن وتراً " أخرجه البخاري .
Maksudnya:
Daripada Anas bin Mlik katanya, adalah Rasulullah SAW itu tidak bertolak ke tempat sembahyang hari raya sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma dan baginda makan dengan bilangan ganjil.

Bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah tentunya amalan ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi kaum keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semata-mata untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan hubungan silaturahim. 

Dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, elakkanlah keraian ini dari dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syara’ dan berdosa, antaranya bersalaman dengan bukan muhrim, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan benda-benda haram dan sebagainya. Perbuatan sedemikian tidak mendatangkan berkat, bahkan akan mencemarkan erti sebenar kedatangan Hari Raya Aidilfitri itu, di samping mendatangkan dosa dan menyebabkan kemurkaan Allah Subhanahu waTa'ala. 

Akhirnya marilah kita sama-sama meraikan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang ini dengan mentaati apa yang telah diajarkan oleh agama Islam.

Mudah-mudahan ibadat puasa Ramadan dan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah Subhanahu waTa'ala dan mendapat rahmat dan keberkatan serta keampunan dari Allah Subhanahu waTa'ala. Amin Ya Rabbal'alamin. 

Dari itu marilah kita sama-sama merebut peluang untuk mendapatkan kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Firman Allah Subhanahu waTa'ala dalam Surah Ali'Imran ayat 133:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Tuesday, January 14, 2014

Peluang berharga


بسم الله الرحمن الرحيم

أحمد لله رب العالمين و اجمل الصلوات على النبي صلى الله عليه و سلم, أما بعد:
Saudaraku, muslimin dan muslimat
Adakah anda ingin mendapat kebaikan yang banyak dalam masa kurang dari suku jam?

Adakah anda inginkan sebuah istana?
Adakah anda inginkan harta bendahara?
Adakah anda inginkan pohon kurma dan pokok?
Adakah anda inginkan kehidupan bahagia?
Adakah anda inginkan keredhaan dan tiada kesusahan?
Adakah anda inginkan ribuan kebaikan dengan cara yang mudah?

Itu semua untuk kamu!!!!

Caranya mudah sahaja!!!

Inginkan dibinakan istana?

Bacalah 10 kali satu istana
Surah al-Ikhlas dibinakan istana dalam Syurga…

عَنْ أَبِيهِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ الْجُهَنِيِّ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: إِذَنْ أَسْتَكْثِرَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُ أَكْثَرُ وَأَطْيَبُ
Maksudnya:
Daripada Bapanya, Mu'adz bin Anas Al-Juhani salah seorang sahabat Nabi Shallallahu'alaihiwasallam dari Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) hingga habis sebanyak sepuluh kali, Allah membangunkan istana di syurga baginya". Umar bin al-Khattab berkata: 'Kalau begitu saya akan memperbanyak Wahai Rasulullah!.' Rasulullah SAW bersabda: "Istana Allah lebih banyak dan lebih bagus" (Riwayat Ahmad)

12 rakaat solat sunat dalam sehari semalam

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَوْ إِلاَّ بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya:
Daripada Ummu Habibah isteri Nabi SAW, katanya; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim mendirikan sembahyang sunnah ikhlas kerana Allah sebanyak dua belas rakaat selain sembahyang fardhu, melainkan Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." -Atau dengan riwayat lain- "Melainkan akan dibangunkan baginya rumah di syurga." (Riwayat Muslim)


Sembahyang sunat tersebut ialah sembahyang sunat rawatib

عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Maksudnya:
Daripada 'Aisyah dia berkata; bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat secara berterusan, maka Allah Azza wa Jalla akan membangunkan rumah untuknya di dalam syurga. Empat rakaat sebelum fardhu Zohor dan dua rakaat sesudah fardhu Zohor, dua rakaat setelah fardhu Maghrib dan dua rakaat setelah fardhu Isyak, serta dua rakaat sebelum fardhu Subuh.' (Riwayat an-Nasai)

Bina masjid walaupun kecil

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى لِلَّهِ مَسْجِدًا بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Utsman bin 'Affan ia berkata; "Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa membangun masjid kerana Allah, maka Allah akan membangunkan yang seumpamanya di syurga." (Riwayat at-Tarmizi)(

Singkirkan kotoran daripada masjid

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَخْرَجَ أَذًى مِنْ الْمَسْجِدِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Abu Sa'id Al Khudri ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengeluarkan kotoran dari dalam masjid, maka Allah akan membuatkan baginya rumah di syurga."(Riwayat Ibnu Majah)
-Termasukan sampah, tahi cicak, debu, pasir dll-

Masuk pasar dengan...

عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ فِي السُّوقِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَبَنَى لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Salim bin Abdullah bin Umar dari ayahnya dari datuknya bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang di pasar mengucapkan;
)لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ(
(tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagiNya, milikNya semua kerajaan dan bagiNya seluruh pujian, Dia Yang menghidupkan, dan mematikan, di tanganNya segala kebaikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu) maka Allah mencatat baginya satu juta kebaikan, dan menghapus darinya satu juta kesalahan, dan membangunkan rumah untuknya di Syurga."(Riwayat al-Tarmizi)

Inginkan harta perbendaharaan?

Bacalah 10 kali untuk 10 bendahara
Ucapan haulaqah ia adalah bendahara syurga

عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى كَلِمَةٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ أَوْ قَالَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ فَقُلْتُ: بَلَى فَقَالَ:
 لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.
Maksudnya:
Daripada Abu Musa Al-Asy'ari dia berkata; Rasulullah r  berkata kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu perbendaharaan syurga? ' Saya menjawab; 'Tentu ya Rasulullah? ' Rasulullah bersabda: bacalah
(لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ)
(Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah)." (Riwayat Muslim)

Inginkan tumbuhkan pohon kurma?

Bacalah 10 kali untuk 10 pokok
Tasbih...…
عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya:
Daripada Jabir dari Nabi r, baginda bersabda: "Barang siapa yang mengucapkan;
(سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ)
(Maha Suci Allah yang Maha Agung, dan dengan memujiNya).
Maka ditanamkan untuknya sebuah pohon kurma di Syurga. (Riwayat Tarmizi)

Inginkan pokok?

Bacalah 10 kali untuk 10 pokok
Tasbih..tahmid..tahlil..takbir
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَقِيتُ إِبْرَاهِيمَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلامَ وَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ الْجَنَّةَ طَيِّبَةُ التُّرْبَةِ عَذْبَةُ الْمَاءِ وَأَنَّهَا قِيعَانٌ وَأَنَّ غِرَاسَهَا سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Mas'ud, ia berkata; Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda: "Aku bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata; wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada Umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahawa Syurga debunya harum, airnya segar, dan Syurga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat;
(سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ)
(Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar).(Riwayat al-Tarmizi)

Inginkan keampunan dosa walaupun sebanyak buih di lautan?

Bacalah 100 kali dalam sehari…
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْر
ِ (صحيح البخاري))
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengucapkan (سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ) Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya' sehari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan."

Inginkan Allah mencukupkan kamu segalanya?

Bacalah 7 kali pada pagi dan pada petang
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى: حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ سَبْعَ مَرَّاتٍ كَفَاهُ اللَّهُ مَا أَهَمَّهُ صَادِقًا كَانَ بِهَا أَوْ كَاذِبًا. (سنن أبي داود)
Maksudnya:
Daripada Abu Darda` berkata; "Sesiapa yang ketika pagi dan petang mengucapkan;
حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
(cukuplah Allah bagiku tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, hanya kepadanya aku bertawakkal kerana Dialah Tuhan pemilik 'Arsy yang agung) tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan (menyelamatkannya) dari kesusahan-kesusahan yang membelitnya, baik dia mengucapkannya secara jujur, atau pura-pura (tanpa ada niat, spontan)."

Inginkan Allah redha padamu?

Bacalah 3 kali pada pagi dan pada petang…
قَالَ أَبُو النَّضْرِ الْحَبَشِيُّ قَالَ مَرَّ بِهِ رَجُلٌ فِي مَسْجِدِ حِمْصَ فَقِيلَ هَذَا خَدَمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ إِلَيْهِ فَقَالَ حَدِّثْنِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَتَدَاوَلْهُ بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ الرِّجَالُ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ حِينَ يُمْسِي وَحِينَ يُصْبِحُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا ثَلاَثَ مَرَّاتٍ إِلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ. (مسند أحمد)
Maksudnya:
Daripada  Abu Sallam -dalam riwayat lain, telah berkata Abu An Nadlr Al Habasyi- ia berkata; Seorang laki-laki melewatinya di Masjid Himsh, kemudian dikatakanlah bahwa, "Ini adalah orang yang pernah menjadi Khadim (pembantu) Nabi shallallahu 'alaihi wasallam." Maka ia pun pergi kepada laki-laki tersebut dan berkata, "Ceritakanlah kepadaku suatu hadits yang telah anda dengar langsung dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak seorang pun (tanpa perantaraan) antara kamu dan baginda." Laki-laki itu pun berkata; Saya mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang hamba apabila berada pada waktu petang dan pagi hari, kemudian ia membaca,
رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا
(Aku rela Allah sebagai Rabb-ku, Islam sebagai agama-ku dan Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam sebagai Nabi-ku).'
sebanyak tiga kali, kecuali telah menjadi keharusan bagi Allah untuk meredhainya."

Inginkan Allah ampunkan dosa?

Bacalah 3 kali
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ: حِينَ يَأْوِي إِلَى فِرَاشِهِ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ رَمْلٍ عَالِجٍ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ عَدَدِ وَرَقِ الشَّجَرِ. (مسند أحمد)
Maksudnya:
Daripada 'Athiyyah Al 'Aufi dari Abu Sa'id Al Khudri berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa ketika hendak tidur ia mengucapkan:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
 (aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan yang patut di sembah selain Dia, Yang Maha Hidup dan Maha Benar, dan aku bertaubat kepada-Nya) sebanyak tiga kali, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya walaupun seperti buih di lautan, walaupun seperti gunung pasir, walau seperti jumlah daun pada pokok"

Inginkan seribu kebaikan dan dihapuskan seribu keburukan?

Bacalah 100 kali
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَدَعْ رَجُلٌ مِنْكُمْ أَنْ يَعْمَلَ لِلَّهِ أَلْفَ حَسَنَةٍ حِينَ يُصْبِحُ يَقُولُ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ فَإِنَّهَا أَلْفُ حَسَنَةٍ فَإِنَّهُ لاَ يَعْمَلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِثْلَ ذَلِكَ فِي يَوْمِهِ مِنْ الذُّنُوبِ وَيَكُونُ مَا عَمِلَ مِنْ خَيْرٍ سِوَى ذَلِكَ وَافِرًا. مسند أحمد
Maksudnya:
Daripada Abu Darda' bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian meninggalkan untuk beramal kerana Allah pada waktu pagi dengan pahala seribu kebaikan; mengucapkan
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
sebanyak seratus kali, maka ia telah mendapatkan seribu kebaikan. Insyaallah ia tidak akan melakukan dosa sebanyak itu (maksudnya seribu dosa) dalam seharinya, dan kebaikan yang dilakukannya justru lebih melimpah dari dosa yang dilakukannya."

Inginkan kebaikan sebanyak bilangan makhluk Allah... seberat timbangan arasy... sebanyak redha Allah?

Bacalah 3 kali…
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.
______________________________
عَنْ جُوَيْرِيَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ عِنْدِهَا بُكْرَةً حِينَ صَلَّى الصُّبْحَ وَهِيَ فِي مَسْجِدِهَا ثُمَّ رَجَعَ بَعْدَ أَنْ أَضْحَى وَهِيَ جَالِسَةٌ فَقَالَ مَا زِلْتِ عَلَى الْحَالِ الَّتِي فَارَقْتُكِ عَلَيْهَا قَالَتْ: نَعَمْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَوْ وُزِنَتْ بِمَا قُلْتِ مُنْذُ الْيَوْمِ لَوَزَنَتْهُنَّ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ. (صحيح مسلم)
Maksudnya:
Daripada Juwairiyah bahwasanya Nabi r keluar dari rumah Juwairiyah pada pagi hari usai sembahyang Subuh dan dia tetap di tempat sembahyangnya. Tak lama kemudian Rasulullah r kembali setelah terbit fajar (pada waktu dhuha), sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempat sembahyangnya. Setelah itu, Rasulullah menyapanya: "Ya Juwairiyah, kamu masih belum beranjak dari tempat sembahyangmu?" Juwairiyah menjawab; 'Ya. Saya masih di sini, di tempat semula ya Rasulullah.' Kemudian Rasulullah r berkata: 'Setelah keluar tadi, aku telah mengucapkan empat rangkaian kata-kata -sebanyak tiga kali- yang kalimat tersebut jika dibandingkan dengan apa yang kamu baca seharian tentu akan sebanding, iaitu
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya sebanyak hitungan makhluk-Nya, menurut keridlaan-Nya, menurut arasy-Nya dan sebanyak tinta kalimat-Nya.'


Inginkan ganjaran pahala sebanyak bilangan orang-orang Islam?
Cuba bayangkan bilangan orang Islam sejak turun wahyu hingga ke hari ini...berapa bilion agaknya?

Bacalah…
الَلَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَات وَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَات الأَحْياءِ مِنْهُمْ وَالاَمْوَات
عن عبادة بن الصامت ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : « من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن ومؤمنة حسنة »( مسند الشاميين للطبراني)
Maksudnya:
Daripada Ubadah bin Shamit katanya saya mendengar, Rasulullah r bersabda: sesiapa yang memohon keampunan untuk orang mukminin dan mukminat maka ia dituliskan untuk setiap orang mukmin dan mukminah satu kebaikan.

Inginkan ganjaran pahala sebanyak bacaan al-Quran keseluruhannya?

Bacalah 3 kali
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ.
(صحيح البخاري)
Maksudnya:
Daripada Abu Sa'id, ada seorang laki-laki membaca
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ...,
ia membacanya secara berulang-ulang. Pagi harinya, laki-laki tadi menemui Rasulullah r  dan menceritakan kisahnya, seolah-olah si laki-laki tadi menganggap remeh bacaannya. Lalu Rasulullah r  bersabda: "Demi jiwaku berada di gengaman-NYA, sungguh bacaan itu menyamai sepertiga al-quran."

Inginkan timbangan amalan bertambah berat ketika ditimbang?

Bacalah...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ. صحيح البخاري

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah menuturkan; Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda: "Ada dua kalimah yang ringan pada lidah, berat pada timbangan, dan disukai oleh Arrahman,
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Inginkan pahala merdekakan hamba?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ,. (صحيح البخاري)
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t bahwa Rasulullah r bersabda: "Sesiapa yang membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah Yang Maha Tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu)
sebanyak seratus kali dalam sehari, maka baginya mendapatkan pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, ditetapkan baginya seratus hasanah (kebaikan) dan dijauhkan darinya seratus keburukan dan baginya ada perlindungan dari (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat lebih banyak mengamalkan (membaca) dzikir ini".


Inginkan pahala lebih baik dari 100 kuda untuk perang sabil?

عَنْ أُمِّ هَانِئٍ قَالَتْ أَتَيْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ فَإِنِّي قَدْ كَبِرْتُ وَضَعُفْتُ وَبَدُنْتُ فَقَالَ: كَبِّرِي اللَّهَ مِائَةَ مَرَّةٍ وَاحْمَدِي اللَّهَ مِائَةَ مَرَّةٍ وَسَبِّحِي اللَّهَ مِائَةَ مَرَّةٍ خَيْرٌ مِنْ مِائَةِ فَرَسٍ مُلْجَمٍ مُسْرَجٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَخَيْرٌ مِنْ مِائَةِ بَدَنَةٍ وَخَيْرٌ مِنْ مِائَةِ رَقَبَةٍ. (سنن ابن ماجه)

Maksudnya;
Daripada Ummu Hani` dia berkata; "Saya mengunjungi Rasulullah r dan bertanya; "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang suatu amalan, kerana sesungguhnya usiaku telah lanjut dan saya telah melemah serta badanku pun telah menggemuk." Baginda bersabda: "Bertakbirlah kepada Allah seratus kali, dan bertahmidlah kepada Allah sebanyak seratus kali, dan bertasbihlah kepada Allah seratus sekali, maka semua itu lebih baik dari seratus kuda yang bertali kekang serta berpelana yang di infakkan untuk berperang di jalan Allah. Dan lebih baik dari seratus unta yang gemuk, serta lebih baik dari membebaskan seratus hamba sahaya."