Bagaimana keadaan kita, jikalau
Rasulullah SAW berada di dalam kalangan kita sekarang?
ماذا لو
كان النبى صلى الله عليه وسلم بيننا ؟
Wahai saudaraku
seIslam yang aku sayangi:
Bagaimana keadaan kita, jikalau Rasulullah SAW berada di
dalam kalangan kita sekarang?
Untuk keterangan lanjutan.....
Apa yang akan kamu jawab jikalau dilontarkan beberapa
soalan ini kepada anda?
-
Adakah
kamu akan jadi pengikut Rasulullah SAW atau menjadi orang yang pertama muncul
menentang dan memerangi baginda SAW?
-
Adakah
kamu akan mengajak manusia dengan apa yang disuruh oleh Rasulullah SAW dan
mencegah apa yang dilarang oleh baginda SAW atau bagaimana keadaan kamu pada
waktu itu terhadap suruhan dan larangan baginda SAW?
-
Adakah
kamu termasuk di kalngan orang yang meminggirkan majlis Rasulullah SAW ataupun
kamu termasuk dalam kalangan orang yang teguh mengikut semua jejaknya walaupun selangkah
demi selangkah?
Wahai saudaraku
seIslam yang aku sayangi:
Apakah kamu tahu, wahai
orang yangku kasihi…
Di sana ada kelompok manusia menyatakan bahawa
mereka beriman dengan Allah SWT dan RasulNya tetapi mereka ingin sesuatu untuk
diri mereka…
Wahai saudaraku
seIslam yang aku sayangi:
Apakah kamu tahu, wahai
orang yangku kasihi…
Orang-orang munafik itu,
mereka menampakkan kepada Rasulllah SAW bahawa mereka bersama dengan baginda
dan apabila mereka berkumpul sesama
sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah terhadap Rasulullah
SAW…[1]
Wahai saudaraku
seIslam yang aku sayangi:
Saya harap kamu luangkan
masa sekejab…bukalah mushaf al-Quran yang kamu ada...kita baca sama-sama ayat
dalam kitab Allah SWT yang mewajibkan kita mengikut Rasulullah SAW sama ada
baginda masih masih hidup ataupun telah meninggal dunia ini.
Benarkah Allah tidak mewajibkan
kita mengikut Rasulullah SAW pada masa baginda hidup sahaja dan bila baginda
wafat kita boleh bebas buat pilihan sama ada mengikut baginda atau tidak
mengikut baginda?
Bukalah mushaf kamu, wahai orang yang saya sayangi:
1- Surah Aal Imrah:164
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ
بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلاَلٍ
مُبِينٍ
Maksudnya:
Sesungguhnya
Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah
ia mengutuskan Dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan
keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang
sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang
mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum
(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
2- Surah al-Nisak:65
فَلَا وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ
فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ
وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya:
Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak
disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana
perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di
hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
3- Surah al-Taubah:128
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ
عَلَيْهِ مَاعَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Maksudnya:
Sesungguhnya
telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia
pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang
beriman.
4- Surah al-Ahzab:21
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ
حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Maksudnya:
Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang)
5- Surah al-Ahzab:36
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وََلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا
قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً مُبِينًا
Maksudnya:
Dan
tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila
Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah
harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan
sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia
telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Adakah
kamu termasuk dalam golongan yang dimaksudkan ayat-ayat tersebut?
-
Adakah
kamu tahu bahawa dalam kehidupan seorang muslim itu mesti berpandukan kitab
Allah dan Sunnah nabiNya dalam setiap perkara sama ada besar ataupun kecil?
-
Adakah
kamu tahu bahawa sepanjang kehidupan seorang muslim itu, ia mesti berdasarkan
kitab Allah dan Sunnah nabiNya?
Perhatikanlah
dalam surah al-An'am:162-163
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ* لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ
الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya:
katakanlah:
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. tiada sekutu
bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara
seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri
kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
Di manakah
kamu sebagai orang yang mengikut Rasulmu SAW walaupun Nabi Muhammad SAW telah
wafat…sesungguhnya Allah SWT yang kita sembah tetap hidup dan tidak sesekali
mati.
Renungilah
al-Furqan: 58
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ
Maksudnya:
Dan
berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang hidup, Yang tidak mati; serta
bertasbihlah dengan memujiNya.
Fikirkanlah
Aal Imran: 144
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ
قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ
وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ
الشَّاكِرِينَ
Maksudnya:
Dan
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh
beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalau ia
pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi
kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak
akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan
memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam
yang tidak ada bandingannya itu).
Wahai saudaraku
seIslam yang aku sayangi:
Apakah kita tidak dalam keadaan teraba-raba
dalam kegelapan jahiliah pada masa dahulu lalu Allah SWT memberikan hidayah
melalui Rasulullah SAW?
Dari itu saya katakan kepada kamu:
Bagaimana keadaan kita, jikalau Rasulullah SAW berada di
dalam kalangan kita sekarang? Lalu baginda menyuruh kita....
1- Menyuruh kita sembahyang lima waktu secara berjemaah.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
2- Menyuruh kita memerintahkan anak kita agar sembahyang
apabila umur tujuh tahun dan hendaklah dipukul pada umur sepuluh tahun jika tak
sembahyang
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
3- Menyuruh para wanita menutup aurat dan melabuhkan hijab.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
4- Menyuruh kita berada dalam majlis ilmu.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
5- Menyuruh kita menzahir amalan yang dibuat oleh baginda.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
6- Menyuruh kita makan dengan tangan kanan dan minum dengan
tangan kanan…melarang kita menggunakan tangan kiri ketika makan dan minum.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
7- Menyuruh kita jangan bercampur-gaul di antara lelaki ada
wanita.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
8- Jikalau kita dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai utusan
baginda untuk ke suatu negeri bagi mengajar manusia tentang urusan agama.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
9- Menyuruh kita jangan menghina/mencela/mencaci-maki orang.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
10-
Jikalau
Rasulullah SAW menyuruh kita jangan membuat fitnah
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
11-
Jikalau
Rasulullah SAW menyuruh kita jangan mengumpat.
Apakah kita ikut.....atau tidak ikut?
12-
Menyuruh
kita berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah nabiNya. Baginda juga telah
bersabda:
" تركت فيكم ما إن إعتصمتم به لن تضلوا أبدا كتاب الله وسنتى "
Adakah kita termasuk dalam kalangan orang yang berpegang
dengan keduanya...atau kita membelakangkan keduanya?
13-
Dan
lain-lain.....
Wahai saudaraku seIslam yang aku sayangi:
Bagaimana keadaan kita, jikalau Rasulullah SAW berada di
dalam kalangan kita sekarang?
Adakah kamu dalam kalangan orang
yang mendekati majlis baginda ....atau menjauhi dari majlis baginda SAW?
Wahai saudaraku
seIslam yang aku sayangi:
Apabila kita
bertemu dengan Nabi SAW pada hari Kiamat nanti di kolam al-Kausar. Apakah kamu
rasa bahawa kamu termasuk dalam kalangan orang yang berhak untuk minum seteguk
dari kolam al-Kausar itu...ataupun termasuk dalam kalangan orang yang dihalau
dengan ucapan: "
(سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ
بَدَّلَ بَعْدِي)
Maksudnya:
Pergilah
jauh-jauh bagi orang yang telah berubah setelah kewafatanku".(Riwayat
al-Bukhari)
Wahai saudaraku
seIslam yang aku sayangi:
Saya hanya
inginkan kamu berfikiran positif dan
bukannya negetif...inilah matlamat ciptaan yang sepatutnya bagi seorang muslim
yang cintakan agamanya… cintakan Tuhannya …cintakan Rasulnya…
Jadilah orang yang positif…dan jangan jadi
orang yang negetif:
Mulai dari sekarang dan dari ketika ini, saya tidak ingin
melanjutkan lagi halaman bacaan anda ini kerana saya telah berikan garis
panduan secara ilmiah, agar anda termasuk dalam kalangan orang yang mengikut
Rasulullah SAW dan merealisasikan firman Allah SWT agar tidak menyalahi apa
yang disampaikan oleh Rasulullah SAW:
Surah
an-Nur:62
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ
وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ
إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُولَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ فَأْذَنْ لِمَنْ شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ
لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya,
dan apabila mereka turut bersama-sama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang
memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan
itu sebelum mereka meminta izin kepadaNya. Sesungguhnya orang-orang yang
meminta izin kepadamu (Wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan RasulNya. Maka apabila meminta izin kepadamu untuk pergi menjalankan
sesuatu urusan mereka, maka izinkanlah bagi sesiapa yang engkau kehendaki di
antara mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan bagi menerapkan sumber impirasi dari firman Allah Taala:
At-Taubah:119-1290
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ
وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ * مَا كَانَ لأَهْلِ الْمَدِينَةِ وَمَنْ حَوْلَهُمْ
مِنَ الأَعْرَابِ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ وَلاَ يَرْغَبُوا بِأَنْفُسِهِمْ
عَنْ نَفْسِهِ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu
kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.
Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka
dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama)
Rasulullah; dan
tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan
Rasulullah.
Perhatian:
Mengikut Rasulullah SAW dengan sebenar adalah dengan
mengikut mazhab yang empat, mazhab ahlus sunnah waljemaah kerana rujukan mereka
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah...
No comments:
Post a Comment