Sunnah Adalah: Perbuatan, Ucapan, Pengakuan nabi SAW, termasuk apa yang dilakukan oleh para sahabat tetapi tidak ditegur oleh baginda
Apa itu Sunnah?
Monday, August 22, 2011
Zikir: Menumbuhkan Pokok Dalam Syurga
Saturday, August 20, 2011
Saturday, August 13, 2011
Monday, August 8, 2011
Zikir: Perumpamaan bagi yang hidup dan mati
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ- الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Aal Imran:190-191
Ini bererti zikir boleh dilakukan dalam semua keadaan dan suasana seperti ketika:
Sapu sampah, potong bawang, tumbuk lada, siang ikan, potong sawi, jemur kain, sterika baju, menonton TV, duduk lepak, tunggu lampu hijau, dalam kereta, atas motosikal, atas basikal, duduk tengok bola, tunggu kawan, perhentian bas, pondok jaga, pancing ikan, candat sotong, atas perahu, depan computer, dalam lif, naik tangga, tunggu giliran kat bank dan lain-lain yang tidak habis dinyatakan di sini. Sama berwuduk atau tidak, berjunub atau tidak, mengadap kiblat atau tidak.. Ia ibadat yang mudah dilakukan.