Apa itu Sunnah?

Monday, October 17, 2011

Doa itu memuliakan Allah


Oleh itu perbanyakkanlah doa sebagai membuktikan bahawa anda memuliakan yang Maha Memberi terhadap setiap permintaan hambaNya.

Sunday, October 16, 2011

Inginkan Bendahara Syurga?



Bacalah berapa banyak yang anda suka... nak banyak boleh, nak sedikit pun boleh, asalkan buat... bila masa sahaja dalam semua keadaan. orang yang kaya di akhirat adalah orang yang paling banyak melakukan kekayaan untuk akhirat.

Saturday, October 1, 2011

Zikir: Penambahberat Timbangan Amalan

Di Dunia ini, bagi peniaga-peniaga yang menjual barang-barang secara timbang, mereka sangat berharap agar barang-barang yang mereka jual itu berat dan mendapat keuntungan yang banyak... sehinggakan sesetengah di antara mereka merendam barangan itu di dalam air agar ia berat apabila ditimbang seperti sayur-sayuran, taugeh, buah-buahan selain ia menampakkannya lebih segar pada pandangan mata pada hal barangan itu bukan segar...

Pada hari akhirat pula bagi orang manusia, mereka sangat berharapkan agar amalan kebaikan yang mereka buat semasa hidup di dunia menjadi lebih berat ketika timbangan amalan itu. oleh itu perbanyakkanlah membaca zikir ini agar amalan kita menjadi lebih berat apabila ditimbang nanti... ini adalah hadiah daripada Allah untuk mereka yang beriman.