Maksudnya:
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Maksudnya:
10. "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun.
11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
12. "Dan ia akan memberi kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa memperbanyak istighfar nescaya Allah akan menjadikan jalan keluar pada setiap kesulitan, dan kelapangan untuk setiap kesempitan serta memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
Maksudnya:
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap
sesuatu.
Maksudnya:
Daripada Umar bin Al Khaththab berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Andai kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya kamu diberi rezeki seperti rezekinya burung, pergi dengan perut kosong di pagi hari dan pulang di petang hari dengan perut terisi penuh."
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Siapa ang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim".
Maksudnya:
39. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik
pemberi rezeki".
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba berada pada pagi kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berkata; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berkata; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) ".
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Turutkanlah haji dan umrah dalam waktu yang berdekatan, kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan menghapus dosa sebagaimana relau api menghilangkan karat besi, emas dan perak. Tidak ada balasan haji mabrur kecuali syurga."
Maksudnya:
Daripada Mush'ab bin Sa'ad berkata Sa'ad menganggap bahawa dirinya memiliki kelebihan dibanding orang lain. Maka Nabi SAW berkata: "Tidaklah kamu ditolong dan diberi rezeki melainkan kerana adanya (do'a) orang-orang yang lemah (diantara) kamu".
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam, fokuskanlah untuk beribadah kepadaku nescaya Aku penuhi dadamu dengan rasa cukup dan Aku tutupi kefakiranmu, jika kamu tidak mengerjakannya Aku akan penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutupi kefakiranmu."
Maksudnya:
100. dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: “…. dan dijadikan rezekiku ditempatkan di bawah bayang-bayang tomba….."
Maksudnya:
7. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Maksudnya:
32. dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.
Maksudnya:
Daripada 'Abdullah bin Mas'ud berkata: Rasulullah SAW bersabda: ”Sesiapa tertimpa kesusahan lalu mengeluh-ngeluhkannya kepada manusia maka kesusahannya tidak akan tertutupi dan sesiapa tertimpa kesusahan lalu mengeluh-ngeluhkan kepada Allah, hampir saja Allah memberinya rezeki samada cepat atau lambat."
Maksudnya:
16. (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan Bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.