Bulan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi kebaikan dan berkat.
Bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang soleh kerana terdapat padanya banyak
kebaikan. Bulan yang Rasulullah r memberi semangat kepada kita agar memberi komitmen dengan sabda
baginda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا
وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ-البخاري
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t berkata: Rasulullah r bersabda: “Sesiapa yang berpuasa kerana keimanan dan mengharapkan pahala,
nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
Di antara amalan-amalan yang menjadi sebutan baik di bulan
Ramadan iaitu sahur dan buka puasa. Terdapat banyak hadis yang menyatakan
tentang kelebihan sahur dan buka puasa.
Keistimewaan Sahur
Orang-orang Islam dikehendaki mengikut jejak Rasulullah r dalam setiap perkara dan Rasulullah r telah meninggalkan pesanan kepada orang-orang Islam agar
bersahur kerana padanya ada keberkatan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis:
عَن أَنَس بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ :قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً-متفق عليه
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik t, beliau berkata: Nabi r bersabda: Bersahurlah kamu semua, kerana di dalam sahur itu ada keberkatan”.
Juga disebutkan dalam
hadis yang berkait dengan sahur iaitu:
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الْحَارِثِ يُحَدِّثُ عَنْ
رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: دَخَلْتُ
عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَتَسَحَّرُ فَقَالَ:إِنَّهَا بَرَكَةٌ أَعْطَاكُمْ
اللَّهُ إِيَّاهَا فَلَا تَدَعُوهُ-النسائي
Maksudnya:
Abdullah bin Al-Harits t menceritakan daripada salah
seorang sahabat Nabi r: “Aku pernah
masuk menemui Nabi r ketika baginda sedang bersahur,
lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya ia adalah berkat yang Allah berikan kepada
kamu semua. Oleh itu, janganlah kamu semua meninggalkannya”.
Manakala yang terpenting tentang sahur ini,
ia menyalahi perbuatan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani,
mereka ini mengharamkan diri mereka dari menerima kurniaan Tuhan. Sebagaimana
yang dinyatakan dalam hadis:
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا
وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ-مسلم
Maksudnya:
Daripada Amru bin Al-Ash bahawa Rasulullah r bersabda: “Perbezaan antara puasa kita
dengan puasa ahli Kitab adalah makan sahur”.
Antara keberkatan orang yang bersahur, mereka ini diselawatkan
oleh Allah dan para malaikatNya. Ini menunjukkan ada keistimewaannya yang
tersendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا
تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ
عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
Maksudnya:
Daripada Abu Sa'id Al-Khudri t, beliau berkata: Rasulullah r bersabda: “Makanan sahur itu
berkat. Dari itu, janganlah kamu semua
tinggalkannya walaupun salah seorang daripada kalangan kamu hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya
Allah U dan para malaikat-Nya berselawat
kepada orang-orang yang makan sahur”.
Sebagai penutup keistimewaan sahur, bagi orang mukmin hendaklah bersahur
dengan tamar (kurma kering) kerana baginda r memuji orang yang bersahur dengan tamar iaitu:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ-أبو داود
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r dari Nabi t, beliau berkata bahawa Nabi r bersabda: “Sebaik-baik (makanan) sahur bagi
seorang mukmin adalah kurma”.
Keistimewaan Buka Puasa (Bukan makan malam).
Kebiasaan Rasulullah r berbuka puasa
(bukan makan malam) adalah dengan rutub (kurma segar), jika tiada baginda akan
berbuka dengan tamar dan jika tiada juga
baginda akan berbuka dengan air kosong. Ini boleh kita perhatikan dalam hadis
berikut:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ،
فَإِنْ لَمْ يَكُنْ رُطَبَاتٌ، فَتَمَرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ تَمَرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ
مِنْ مَاءٍ - أبو داود
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik, beliau
berkata bahawa Nabi r selalu berbuka dengan kurma segar
sebelum sembahyang Maghrib, jika baginda
tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering dan jika tidak
mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air beberapa kali (tiga
teguk air).
Baginda juga menyegerakan buka puasa apabila waktunya
telah tiba dan tidak melambatkan sehingga sampai masuk Isyak kerana itu adalah
perbuatan orang Yahudi. Mereka ini hanya berbuka puasa apabila telah kelihatan
bintang di langit.
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا
عَجَّلُوا الْفِطْرَ- متفق عليه
Maksudnya:
Daripada Sahal bin Sa'ad t, beliau menyatakan bahawa Rasulullah r bersabda: “Manusia itu sentiasa dalam kebaikan
selagi mereka menyegerakan berbuka puasa”.
Rasulullah r juga tidak memenuhkan perut baginda dengan
makanan. Baginda hanya makan sekadar membolehkan baginda melaksanakan perintah
Allah seperti sembahyang tarawih. Ini boleh diperhatikan dalam ucapan baginda:
عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا
مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا
مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ- أحمد
والترمذي وابن ماجه
Maksudnya:
Daripada Miqdam bin Ma'dikarib t, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah r bersabda: “Tidaklah
Anak Adam itu memenuhi wadah yang buruk melebihi perut, cukuplah bagi anak Adam
itu hanya beberapa suapan sahaja yang boleh menegakkan tulang belakangnya. Bila
ia tidak boleh berbuat demikian maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga
untuk minumannya dan satu pertiga untuk pernafasannya”.
Penutup bagi perbincangan ini, saya sebutkan
kata-kata Rasulullah r:
عَنْ
أَنسٍ قَالَ: مِنْ
أَخْلَاقِ النُّبُوَّةِ تَعْجِيلُ الْإِفْطَارِ وَتَأْخِيرُ السُّحُورِ، وَوَضْعُ اليَمِينَ عَلَى الشِمَالِ فِي الصَّلَاةِ.- الطبراني
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik, beliau berkata
bahawa Rasulullah r bersabda: “Antara akhlak para
nabi adalah bersegera buka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan
atas tangan kiri (setelah takbir) dalam sembahyang”.