عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut suatu ilmu, Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga.
( Riwayat Muslim)
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali

أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولا كُنَّا فِي مَجْلِسٍ عِنْدَ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ فَأَتَى أَبُو مُوسَى الأَشْعَرِيُّ مُغْضَبًا حَتَّى وَقَفَ فَقَالَ أَنْشُدُكُمْ اللَّهَ هَلْ سَمِعَ أَحَدٌ مِنْكُمْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الاسْتِئْذَانُ ثَلاثٌ فَإِنْ أُذِنَ لَكَ وَإِلاَّ فَارْجِعْ
Maksudnya:
Daripada Abu Musa al-Asyari RA katanya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Minta izin hanya tiga kali, sekirannya diizinkan, ia untuk kamu, jika tidak diizinkan hendaklah kamu balik.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وُلِدَ لِي غُلامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى
Maksudnya:
Daripada Abu Musa al-Asya'ari RA katanya: Aku baru mendapat anak lelaki, lalu aku bawanya kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim serta mengtahnikkannya dengan sebiji kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Selepas itu baginda kembalikan semula kepadaku. Ia adalah anak sulong Abu Musa.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
** Tahik adalah mengunyah makanan manis, kemudian digosokkan dalam mulut bayi yang baru lahir. Seeloknya dengan kurma dan dilakukan oleh orang yang alim serta warak bagi mendapat keberkatan.
77- Akikahkan Anak

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْفَرَعِ مِنْ كُلِّ خَمْسِ شِيَاهٍ شَاةٌ وَأَمَرَنَا أَنْ نَعُقَّ عَنْ الْجَارِيَةِ شَاةً وَعَنْ الْغُلامِ شَاتَيْنِ
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW menyuruh kami mengasingkan setiap lima kambing dengan satu kambing, mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki dengan dua ekor kambing.
( Riwayat Ahmad )
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ أَنَسٌ أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ قَالَ فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنْ الْمَطَرِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا قَالَ لأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya kami terkena hujan ketika kami bersama Rasulullah SAW. Anas berkata: Rasulullah SAW menyingkap baju baginda hingga dibasahi hujan. Kami bertanya: Wahai Rasulullah SAW, mengapa buat begini? Baginda bersabda: Kerana ia janji baru dengan Tuhannya.
( Riwayat Muslim)
79- Melawat Pesakit

عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا خُرْفَةُ الْجَنَّةِ قَالَ جَنَاهَا
Maksudnya:
Daripada Thauban maula Rasulullah SAW katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahi pesakit, ia akan sentiasa berada dalam taman yang renum di Syurga.
( Riwayat Muslim)
80- Senyum
Daripada Thauban maula Rasulullah SAW katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahi pesakit, ia akan sentiasa berada dalam taman yang renum di Syurga.
( Riwayat Muslim)
80- Senyum
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
Maksudnya:
Daripada Abu Zar katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Jangan anggap kecil sesuatu perkara makruf walau bertemu saudaramu dengan bermanis muka.
( Riwayat Muslim)
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
Daripada Abu Zar katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Jangan anggap kecil sesuatu perkara makruf walau bertemu saudaramu dengan bermanis muka.
( Riwayat Muslim)
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لاَ غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki mengunjungi saudaranya di sebuah kampung lain. Allah lalu mengutuskan malaikat untuk menghalangi orang itu di dalam perjalanan. Ketika bertemu, malaikat bertanya: Kamu mahu ke mana? Jawab lelaki itu: Aku hendak menziarahi saudaraku di kampung sana. Malaikat bertanya lagi: Adakah kerana nikmat yang ada padanya? Kata lelaki itu: Tidak! Cuma aku mencintai saudaraku kerana Allah Yang Maha Mulai lagi Maha Agong. Malaikat berkata: Aku utusan Allah yang diutus kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu itu.
( Riwayat Muslim)
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang

عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ أَبِي كَرِيمَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَحَبَّ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيُعْلِمْهُ أَنَّهُ يُحْبِبْهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Karimah al-Mikdam bin Ma'di Kariba RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya bahawa mencintainya.
( Riwayat Ahmad)
83- Tutup Mulut Apabila Menguap

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ التَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ الشَّيْطَانُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap dari syaitan, apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah ia menahan seberapa boleh, jika kamu berkata: Ha ( bunyi suara dari menguap ), syaitan pasti ketawa.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
** Menutup tangan mulut dengan belakang tangan kiri ketika menguap dan jangan mengeluarkan bunyi hembusan angin yang keluar.
84- Sangka Baik Terhadap Manusia

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلا تَحَسَّسُوا وَلا تَجَسَّسُوا وَلا تَحَاسَدُوا وَلا تَدَابَرُوا وَلا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu bersangka-sangka dengan sangkaan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah

عَنْ الأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلاةِ
Maksudnya:
Daripada al-Aswad katanya aku bertanya Aisyah RA: Apa yang Rasulullah SAW buat dalam rumahnya? Kata Aisyah RA : Baginda membantu melakukan kerja keluarganya, apabila tiba waktu sembahyang baginda keluar untuk sembahyang.
(Riwayat Bukhari)
86- Sunnah Fitrah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رِوَايَةً الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA kata, Rasulullah SAW bersabda: Lima perkara fitrah adalah bersunat, cukur bulu ari-ari, cabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
Daripada Abu Hurairah RA kata, Rasulullah SAW bersabda: Lima perkara fitrah adalah bersunat, cukur bulu ari-ari, cabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
87- Menjaga Anak Yatim
قَالَ سَهْلٌ بْنَ سَعْدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا وَقَالَ بِإِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa’d RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Aku dan pembela anak yatim dalam syurga seperti ini dengan isyarat jari telunjuk dan jari tengah.
( Riwayat Bukhari)
88- Menjauhi Marah
Daripada Sahl bin Sa’d RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Aku dan pembela anak yatim dalam syurga seperti ini dengan isyarat jari telunjuk dan jari tengah.
( Riwayat Bukhari)
88- Menjauhi Marah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لاَ تَغْضَبْ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang lelaki bercakap kepada nabi SAW: Wasiat kepadaku. Baginda bersabda: Jangan marah. Diulangnya beberapa kali dengan berkata jangan marah.
(Riwayat Bukhari)
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tujuh golongan yang dilindungi Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup dalam suasana beribadat kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang kekasih yang bertemu dan berpisah kerana Allah, lelaki yang dirayu oleh wanita berkedudukan dan jelita tetapi ia menolak dengan berkata: Aku sangat takutkan Allah. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkah oleh tangan kanan dan orang yang berzikir kepada Allah secara perseorangan bersama linangan air matanya.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
90-Bersedakah Jariah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, dikecualikan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya.
( Riwayat Muslim)
** Sedekah jariah adalah sedekah yang masih dapat dimanfaatkan orang ramai walaupun setelah pemberi sedekah itu mati. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang masih diamalkan oleh manusia setelah ia mati. Anak soleh adalah anak yang baik agamanya, ia sentiasa mendoakan ibubapanya yang telah mati.
91- Membina Masjid

عَنْ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ يَقُولُ عِنْدَ قَوْلِ النَّاسِ فِيهِ حِينَ بَنَى مَسْجِدَ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ أَكْثَرْتُمْ وَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا قَالَ بُكَيْرٌ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Uthman bin Affan RA katanya ketika orang berbual-bual tentang pembinaan masjid Rasulullah SAW: Kamu perbanyakkanlah. Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membina satu masjid, kata Bakir: Aku jangka ia berkata: Hendaklah kerana Allah, Allah membina untuknya seperti itu juga dalam syurga.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ وَإِذَا اشْتَرَى وَإِذَا اقْتَضَى
Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Allah merahmati seseorang yang menjual, membeli dan meminta dengan bertolak ansur
( Riwayat Bukhari )
93- Menghilang Gangguan Jalan
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Allah merahmati seseorang yang menjual, membeli dan meminta dengan bertolak ansur
( Riwayat Bukhari )
93- Menghilang Gangguan Jalan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ وَجَدَ غُصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيقِ فَأَخَذَهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang berjalan di jalan, ia mendapati dahan berduri di atas jalan lalu dia ambil. Allah berterima kasih padanya dan mengampunkannya.
( Riwayat Muslim)
** Gangguan jalan bukan sahaja duri, ia termasuk menutup lubang jalan, lopak air, ketul-ketul batu yang ada di atas jalan, bangkai binatang, sampah, najis dan sebagainya.
94-Sedekah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ وَلاَ يَقْبَلُ اللَّهُ إِلاَّ الطَّيِّبَ وَإِنَّ اللَّهَ يَتَقَبَّلُهَا بِيَمِينِهِ ثُمَّ يُرَبِّيهَا لِصَاحِبِهِ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ حَتَّى تَكُونَ مِثْلَ الْجَبَلِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersedekah sebesar kurma dari benda yang baik, Allah tidak terima kecuali yang baik dan jika menerimanya, Allah menerima dengan kananNya kemudian mengandakan kepada pemiliknya sebagaimana seseorang kamu mengandakan sehingga umpama gunung.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ وَلاَ الْجِهَادُ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abbas RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Tiada amalan yang lebih afdhal pada hari-hari ini ( sepuluh hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Walaupun jihad? Baginda bersabda: walaupu jihad, kecuali seseorang itu keluar kepada yang membahayakan dirinya, hartanya dan ia tidak kembali dengan apa-apa pun ( mati syahid)
( Riwayat Bukhari)
96- Membunuh Cicak
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَى حَدِيثِ خَالِدٍ عَنْ سُهَيْلٍ إِلاَّ جَرِيرًا وَحْدَهُ فَإِنَّ فِي حَدِيثِهِ مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِي أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِي الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِي الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan baginya seratus kebajikan, jika dua pukulan baginya tidak sebagaimana yang pertama dan jika tiga pukulan tiada baginya sebagaimana dua pukulan.
( Riwayat Muslim)
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari

عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya:
Daripada Hafs bin Asim RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Memadai bagi seseorang itu dianggap berbohong jika ia bercakap tentang semua perkara yang ia dengar.
( Riwayat Muslim)
98- Memberi Nafkah Keluarga

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْبَدْرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا أَنْفَقَ عَلَى أَهْلِهِ نَفَقَةً وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً
Maksudnya:
Daripada Abu Masoud al-Badri RA katanya Rasulullah SAW bersabda: seseorang Muslim apabila menafkahkan keluarganya sedang ia berhutang, ia diberi pahala sedekah.
( Riwayat Muslim)
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا طَافَ الطَّوَافَ الأَوَّلَ خَبَّ ثَلاثًا وَمَشَى أَرْبَعًا...
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya Rasulullah SAW apabila bertawaf pusingan pertama hingga tiga, baginda bertawaf dengan mepercepatkan langkah ( ramal iaitu berlari-lari anak) dan berjalan pada pusing ke empat
(Riwayat Muttafaqun Alaihi)
** Ramal iaitu berlari-lari anak dengan langkah kecil pada pusingan pertama hingga habis pusing ketiga bagi mareka yang baru tiba ke Mekah sama ada dalam ibadat haji atau umrah.
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ وَقَالَ اكْلَفُوا مِنْ الأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ
Maksudnya:
Daripada Aisyah Ra katanya Rasulullah SAW ditanya yang manakah amalan yang sangat disukai Allah ? Baginda bersabda: Amalan yang berterusan walaupun sedikit. Dan baginda bersabda lagi: Peliharalah amalan-amalan yang kamu mampu lakukan.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)
No comments:
Post a Comment