Apa itu Sunnah?

Monday, November 26, 2012

Rasulullah SAW mengajar kepadaku

 Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: ucapan
 (سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
ditumbuhkan untuknya satu pohon kurma dalam Syurga.

 Maksudnya:
Setiap perkataan yang baik adalah satu sedekah dan menolong seseorang juga satu sedekah.

 
Maksudnya:
Daripada Sauban RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang jenazah maka baginya satu qirat dan sesiapa yang menyaksikan pengebumian jenazah maka baginya dua qirat. Satu qirat umpama bukit Uhud

 Maksudnya:
Daripada Ummu Habibah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang 12 rakaat selain daripada yang fardhu maka Allah binakan untuknya satu istana dalam Syurga.

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Salinglah kamu hadiah menghadiahkan antara satu sama lain maka kamu akan berkasih sayang.

Maksudnya:
Alhamdulillah itu memenuhi timbangan.

 Maksudnya:
Bersedekahlah kamu walaupun sebutir kurma.

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: "sesiapa yang memyamberi salam dengan ucapan:Assalamu alaikum maka dituliskan untuknya 10 kebajikan,"
"Sesiapa yang memberi salam dengan ucapan:"Assalamu alaikum warahmatullah maka ditulis baginya 20 kebajikan."
Dan sesiapa yang memberi salam dengan ucapan:"Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh maka ditulis baginmya 30 kebajikan."
 
 Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melihat suatu perkara mungkar hendaklah ia mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu maka dengan lidah, jika tidak mampu juga maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.
 

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Menyingkirkan gangguan daripada jalan merupakan satu sedekah.

Wednesday, November 21, 2012

Cinta Rasulullah SAW dengan mengikut sunnahnya

 
“Hendaklah kamu benar kerana kebenaran memandu kepada kebajikan dan kebajikan pula memandu ke syurga.”
 
 
“Hubungan rahim bergantung pada arasy, ia berkata: sesiapa yang menghubungiku Allah menghubunginya dan sesiapa yang memutuskanku maka Allah memutuskannya.”
 
 
“Tiada mana-mana muslim yang melawat seorang muslim yang sakit melainkan ia diselawatkan oleh 70,000 para malaikat.”
 
 
“Amalan-amalan yang paling disukai Allah adalah sembahyang pada waktunya.
 
 
“Doa memulakan makan dengan bismillah dan doa selepas makan dengan alhamdulillah
 
 
“Tiada sempurna sembahyang bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid itu.”
 
 
“Kamu bermanis muka pada saudara kamu, ia sedekah untuk kamu.”
 
 
“Menunjukan jalan pada seseorang yang sesat di atas muka bumi ini ianya bagimu sedekah”.
 
 
“Mengajak pada perkara makruf dan mencegah perkara mungkar adalah sedekah”.
 
 
“Menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan itu untuk kamu satu sedekah."
 
 
“Hendaklah kamu bersatu dalam kumpulan kerana serigala hanya makan kambing yang terpisah dari kumpulan."
 
 
“kamu semua adalah pengembala dan kamu semua bertanggungjawab terhadap gembalaan kamu."
 
 
“Sebarkan salam di kalangan kamu.”
 
 
“Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk membantu pembacanya”.
 

“Hendaklah kamu semua bersatu kerana bantuan Allah bersama orang yang bersatu”