Apa itu Sunnah?

Wednesday, November 21, 2012

Cinta Rasulullah SAW dengan mengikut sunnahnya

 
“Hendaklah kamu benar kerana kebenaran memandu kepada kebajikan dan kebajikan pula memandu ke syurga.”
 
 
“Hubungan rahim bergantung pada arasy, ia berkata: sesiapa yang menghubungiku Allah menghubunginya dan sesiapa yang memutuskanku maka Allah memutuskannya.”
 
 
“Tiada mana-mana muslim yang melawat seorang muslim yang sakit melainkan ia diselawatkan oleh 70,000 para malaikat.”
 
 
“Amalan-amalan yang paling disukai Allah adalah sembahyang pada waktunya.
 
 
“Doa memulakan makan dengan bismillah dan doa selepas makan dengan alhamdulillah
 
 
“Tiada sempurna sembahyang bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid itu.”
 
 
“Kamu bermanis muka pada saudara kamu, ia sedekah untuk kamu.”
 
 
“Menunjukan jalan pada seseorang yang sesat di atas muka bumi ini ianya bagimu sedekah”.
 
 
“Mengajak pada perkara makruf dan mencegah perkara mungkar adalah sedekah”.
 
 
“Menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan itu untuk kamu satu sedekah."
 
 
“Hendaklah kamu bersatu dalam kumpulan kerana serigala hanya makan kambing yang terpisah dari kumpulan."
 
 
“kamu semua adalah pengembala dan kamu semua bertanggungjawab terhadap gembalaan kamu."
 
 
“Sebarkan salam di kalangan kamu.”
 
 
“Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk membantu pembacanya”.
 

“Hendaklah kamu semua bersatu kerana bantuan Allah bersama orang yang bersatu”

No comments: