Aku kagum wahai anak Adam
Ketika kamu lahir, kamu diazankan dengan tiada disembahyangkan
Dan ketika kamu mati kamu disembahyangkan dengan tiada azan.
Aku kagum wahai anak Adam
Ketika kamu lahir, kamu tidak tahu siapa yang menyambut di luar perut ibu kamu
Dan ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang memasukkan ke dalam kubur
Aku kagum wahai anak Adam
Katika lahir kamu, kamu dimandikan dan dibersihkan dan ketika mati kamu dimandikan dan dibersihkan
Aku kagum wahai anak Adam
Ketika kamu lahir, itulah saat gembira ibu bapa dan keluarga kamu
Dan ketika kamu mati, kamu ditangisi oleh ibu bapa dan keluarga kamu
Aku kagum wahai anak Adam
Kamu diciptakan dari tanah... maha suci yang menjadikan kamu selepas mati dimasukkan ke dalam tanah.
Aku kagum wahai anak Adam
Ketika kamu dalam perut ibu kamu dalam keadaan sempit dan gelap dan ketika kamu mati kamu ditempatkan di tempat sempit dan gelap
Aku kagum wahai anak Adam
Katika lahir kamu dibungkuskan dengan kain agar tertutup auratmu dan ketika mati kamu dikafankan agar tetutup auratmu.
Aku kagum wahai anak Adam
Ketika kamu lahir dan membesar, manusia bertanyakan penyaksian dan berita-berita tentang kamu dan apabila kamu mati malaikat akan bertanyakan tentang amal sholeh.... Apa yang telah kamu sediakan?
KETIKA INI!
Sebenarnya, ini hanya mengkagumkan kamu sahaja, kamu tidak pernah pelajari pun daripada apa yang berlaku disekitar kamu.
No comments:
Post a Comment