Apa itu Sunnah?

Wednesday, June 4, 2008

SYARIAT BOLEH YANG DILAKUKAN DALAM SEMINIT

kebanyakan dalam syariat yang dilaksanakan tidak semestinya memerlukan suci dari hadas, tiada memenatkan, tidak memerlukan tenaga yang banyak bahkan boleh dilakukan dalam keadaan berjalan, dalam kereta, dalam keadaan telentang, berdiri atau duduk menunggu seseorang. Iaitu

1-Dalam Seminit
Boleh membaca surah fatihah 5kali dengan ganjaran lebih dari 7000 kebaikan.

2-Dalam Seminit
Boleh membaca surah ikhlas 15kali dengan ganjaran menyamai membaca quran 5kali.


3-Dalam Seminit
Boleh baca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ, لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
20kali dengan ganjaran memerdekakan 8 hamba daripada keturunan Ismail pada jalan Allah

4-Dalam Seminit
Boleh baca:


لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Lebih daripada 40 kali. Ia adalah bendahara Syurga.
5-Dalam Seminit
Boleh baca:


سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
100kali. Sesiapa yang membacanya demikian itu dalam sehari, ia diampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.
6-Dalam Seminit
Boleh baca:


سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Lebih daripada 10 kali. Ia adalah umpama ganjaran berkali ganda daripada zikir-zikir dan tasbih.
7-Dalam Seminit
Boleh beristighfar 100 kali. Istighfar boleh menyebabkan dapat keampunan, masuk syurga, taat dalam kebaikkan, tambah kekuatan, menolak bala, dimudahkan urusan, turun hujan, mendapat harta, mendapat anak dan lain-lain.

8-Dalam Seminit
Boleh baca:
selawat 10 kali ke atas Rasulullah SAW dan mendapat 20 kali selawat dari Allah.

9-Dalam Seminit
Boleh baca:


سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

50kali. Ia memberatkan timbangan dan mudah disebut.
10-Dalam Seminit
Boleh baca:


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

25kali. Ia adalah kalimah yang disukai oleh Allah.
11-Dalam Seminit
Boleh baca:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
50kali. Lebih kurang. ia sebaik-baik zikir.
12-Dalam Seminit
Boleh baca:
lebih dari dua halaman buku yang berfaedah yang mudah difahami.

13-Dalam Seminit
Boleh angkat dua belah tangan dan berdoa dari apa jua yang dikehendaki. ia adalah ibadah
yang paling mulia kepada Allah.

14-Dalam Seminit
Boleh angkat telepon menghubung rahim.

15-Dalam Seminit
Boleh mencegah perkara mungkar, menyuruh kepada perkara yang baik, boleh beri nasihat, membantu, bersalam dengan sebilangan manusia dan bermacam-macam lagi.

No comments: