بسم الله
الرحمن الرحيم
أحمد لله رب العالمين و اجمل الصلوات على النبي صلى الله عليه و سلم, أما بعد:
أحمد لله رب العالمين و اجمل الصلوات على النبي صلى الله عليه و سلم, أما بعد:
Saudaraku, muslimin dan muslimat
Adakah anda ingin mendapat kebaikan
yang banyak dalam masa kurang dari suku jam?
Adakah anda inginkan sebuah istana?
Adakah anda inginkan harta
bendahara?
Adakah anda inginkan pohon kurma dan
pokok?
Adakah anda inginkan kehidupan
bahagia?
Adakah anda inginkan keredhaan dan
tiada kesusahan?
Adakah anda inginkan ribuan kebaikan
dengan cara yang mudah?
Itu semua
untuk kamu!!!!
Caranya
mudah sahaja!!!…
Inginkan dibinakan istana?
Bacalah 10 kali
satu istana
Surah al-Ikhlas
dibinakan istana dalam Syurga…
عَنْ
أَبِيهِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ الْجُهَنِيِّ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَنْ قَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ بَنَى
اللَّهُ لَهُ قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: إِذَنْ
أَسْتَكْثِرَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُ أَكْثَرُ وَأَطْيَبُ
Maksudnya:
Daripada Bapanya,
Mu'adz bin Anas Al-Juhani salah seorang sahabat Nabi Shallallahu'alaihiwasallam
dari Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) hingga habis sebanyak sepuluh kali, Allah membangunkan istana
di syurga baginya". Umar bin al-Khattab berkata: 'Kalau begitu saya akan
memperbanyak Wahai Rasulullah!.' Rasulullah SAW bersabda: "Istana Allah
lebih banyak dan lebih bagus" (Riwayat Ahmad)
12 rakaat solat
sunat dalam sehari semalam
عَنْ
أُمِّ حَبِيبَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا
قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا
مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً
تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
أَوْ إِلاَّ بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya:
Daripada Ummu Habibah
isteri Nabi SAW, katanya; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah seorang muslim mendirikan sembahyang sunnah ikhlas kerana Allah
sebanyak dua belas rakaat selain sembahyang fardhu, melainkan Allah akan
membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." -Atau dengan riwayat lain-
"Melainkan akan dibangunkan baginya rumah di syurga." (Riwayat
Muslim)
Sembahyang sunat tersebut ialah
sembahyang sunat rawatib
عَائِشَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ
بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ
الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ
وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Maksudnya:
Daripada 'Aisyah dia
berkata; bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengerjakan sembahyang
dua belas rakaat secara berterusan, maka Allah Azza wa Jalla akan membangunkan
rumah untuknya di dalam syurga. Empat rakaat sebelum fardhu Zohor dan dua
rakaat sesudah fardhu Zohor, dua rakaat setelah fardhu Maghrib dan dua rakaat
setelah fardhu Isyak, serta dua rakaat sebelum fardhu Subuh.' (Riwayat
an-Nasai)
Bina masjid walaupun kecil
عَنْ
عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى لِلَّهِ مَسْجِدًا بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي
الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Utsman bin
'Affan ia berkata; "Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Sesiapa membangun masjid kerana Allah, maka Allah akan
membangunkan yang seumpamanya di syurga." (Riwayat
at-Tarmizi)(
Singkirkan kotoran daripada masjid
عَنْ
أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: مَنْ أَخْرَجَ أَذًى مِنْ الْمَسْجِدِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي
الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Abu Sa'id Al
Khudri ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengeluarkan kotoran
dari dalam masjid, maka Allah akan membuatkan baginya rumah di syurga."(Riwayat
Ibnu Majah)
-Termasukan
sampah, tahi cicak, debu, pasir dll-
Masuk pasar dengan...
عَنْ
سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ فِي السُّوقِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي
وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ
أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَبَنَى لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Salim bin
Abdullah bin Umar dari ayahnya dari datuknya bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang di pasar mengucapkan;
)لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ
وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ(
(tidak ada tuhan yang
berhak disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagiNya, milikNya semua
kerajaan dan bagiNya seluruh pujian, Dia Yang menghidupkan, dan mematikan, di
tanganNya segala kebaikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu) maka
Allah mencatat baginya satu juta kebaikan, dan menghapus darinya satu juta
kesalahan, dan membangunkan rumah untuknya di Syurga."(Riwayat
al-Tarmizi)
Inginkan harta perbendaharaan?
Bacalah 10 kali
untuk 10 bendahara
Ucapan haulaqah ia adalah bendahara
syurga
عَنْ
أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى كَلِمَةٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ أَوْ
قَالَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ فَقُلْتُ: بَلَى فَقَالَ:
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ
بِاللَّهِ.
Maksudnya:
Daripada Abu Musa Al-Asy'ari
dia berkata; Rasulullah r berkata kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan
kepadamu salah satu perbendaharaan syurga? ' Saya menjawab; 'Tentu ya
Rasulullah? ' Rasulullah bersabda: bacalah
(لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللَّهِ)
(Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan
Allah)." (Riwayat Muslim)
Inginkan tumbuhkan pohon kurma?
Bacalah 10 kali untuk 10 pokok
Tasbih...…
عَنْ
جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ
لَهُ نَخْلَةٌ فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya:
Daripada Jabir dari
Nabi r, baginda bersabda: "Barang siapa yang mengucapkan;
(سُبْحَانَ اللَّهِ
الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ)
(Maha Suci Allah yang
Maha Agung, dan dengan memujiNya).
Maka ditanamkan
untuknya sebuah pohon kurma di Syurga. (Riwayat Tarmizi)
Inginkan pokok?
Bacalah 10 kali untuk 10 pokok
Tasbih..tahmid..tahlil..takbir
…
عَنْ
ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
لَقِيتُ إِبْرَاهِيمَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَقْرِئْ
أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلامَ وَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ الْجَنَّةَ طَيِّبَةُ
التُّرْبَةِ عَذْبَةُ الْمَاءِ وَأَنَّهَا قِيعَانٌ وَأَنَّ غِرَاسَهَا سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Mas'ud,
ia berkata; Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda: "Aku
bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan , kemudian ia berkata; wahai Muhammad,
sampaikan salam dariku kepada Umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahawa Syurga
debunya harum, airnya segar, dan Syurga tersebut adalah datar, tanamannya
adalah kalimat;
(سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
وَاللَّهُ أَكْبَرُ)
(Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada
tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar).(Riwayat
al-Tarmizi)
Inginkan keampunan dosa walaupun sebanyak buih di lautan?
Bacalah 100 kali dalam sehari…
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ
كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْر
ِ (صحيح البخاري))
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah
bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengucapkan (سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ) Maha
suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya' sehari seratus kali, maka
kesalahan-kesalahannya akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan."
Inginkan Allah mencukupkan kamu segalanya?
Bacalah 7 kali pada pagi dan pada
petang
…
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ مَنْ قَالَ
إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى: حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
سَبْعَ مَرَّاتٍ كَفَاهُ اللَّهُ مَا أَهَمَّهُ صَادِقًا كَانَ بِهَا أَوْ
كَاذِبًا. (سنن أبي داود)
Maksudnya:
Daripada Abu Darda` berkata;
"Sesiapa yang ketika pagi dan petang mengucapkan;
حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
(cukuplah Allah bagiku
tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, hanya kepadanya aku
bertawakkal kerana Dialah Tuhan pemilik 'Arsy yang agung) tujuh kali, maka
Allah akan mencukupkan (menyelamatkannya) dari kesusahan-kesusahan yang
membelitnya, baik dia mengucapkannya secara jujur, atau pura-pura (tanpa ada
niat, spontan)."
Inginkan Allah redha padamu?
Bacalah 3 kali pada pagi dan pada
petang…
قَالَ
أَبُو النَّضْرِ الْحَبَشِيُّ قَالَ مَرَّ بِهِ رَجُلٌ فِي مَسْجِدِ حِمْصَ
فَقِيلَ هَذَا خَدَمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ
إِلَيْهِ فَقَالَ حَدِّثْنِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَتَدَاوَلْهُ بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ الرِّجَالُ
قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ
عَبْدٍ يَقُولُ حِينَ يُمْسِي وَحِينَ يُصْبِحُ رَضِيتُ
بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ نَبِيًّا ثَلاَثَ مَرَّاتٍ إِلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَى
اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ. (مسند أحمد)
Maksudnya:
Daripada Abu Sallam -dalam riwayat lain, telah berkata
Abu An Nadlr Al Habasyi- ia berkata; Seorang laki-laki melewatinya di Masjid
Himsh, kemudian dikatakanlah bahwa, "Ini adalah orang yang pernah menjadi
Khadim (pembantu) Nabi shallallahu 'alaihi wasallam." Maka ia pun pergi
kepada laki-laki tersebut dan berkata, "Ceritakanlah kepadaku suatu hadits
yang telah anda dengar langsung dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
dan tidak seorang pun (tanpa perantaraan) antara kamu dan baginda."
Laki-laki itu pun berkata; Saya mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Tidaklah seorang hamba apabila berada pada waktu petang dan
pagi hari, kemudian ia membaca,
رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا
وَبِالإِسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا
(Aku rela Allah
sebagai Rabb-ku, Islam sebagai agama-ku dan Muhammad shallallahu 'alaihi
wasallam sebagai Nabi-ku).'
sebanyak tiga kali,
kecuali telah menjadi keharusan bagi Allah untuk meredhainya."
Inginkan Allah ampunkan dosa?
Bacalah 3 kali
…
عَنْ
أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ: حِينَ يَأْوِي إِلَى فِرَاشِهِ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ
الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ
ذُنُوبَهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ رَمْلٍ
عَالِجٍ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ عَدَدِ وَرَقِ الشَّجَرِ. (مسند أحمد)
Maksudnya:
Daripada 'Athiyyah Al
'Aufi dari Abu Sa'id Al Khudri berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Sesiapa ketika hendak tidur ia mengucapkan:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لاَ
إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
(aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada
Tuhan yang patut di sembah selain Dia, Yang Maha Hidup dan Maha Benar, dan aku
bertaubat kepada-Nya) sebanyak tiga kali, maka Allah akan mengampuni
dosa-dosanya walaupun seperti buih di lautan, walaupun seperti gunung pasir,
walau seperti jumlah daun pada pokok"
Inginkan
seribu kebaikan dan dihapuskan seribu keburukan?
Bacalah 100 kali
…
عَنْ
أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لاَ يَدَعْ رَجُلٌ مِنْكُمْ أَنْ يَعْمَلَ لِلَّهِ أَلْفَ حَسَنَةٍ حِينَ
يُصْبِحُ يَقُولُ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
مِائَةَ مَرَّةٍ فَإِنَّهَا أَلْفُ حَسَنَةٍ فَإِنَّهُ لاَ يَعْمَلُ إِنْ شَاءَ
اللَّهُ مِثْلَ ذَلِكَ فِي يَوْمِهِ مِنْ الذُّنُوبِ وَيَكُونُ مَا عَمِلَ مِنْ
خَيْرٍ سِوَى ذَلِكَ وَافِرًا. مسند أحمد
Maksudnya:
Daripada Abu Darda'
bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah salah
seorang dari kalian meninggalkan untuk beramal kerana Allah pada waktu pagi
dengan pahala seribu kebaikan; mengucapkan
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
sebanyak seratus kali, maka ia telah mendapatkan
seribu kebaikan. Insyaallah ia tidak akan melakukan dosa
sebanyak itu (maksudnya seribu dosa) dalam seharinya, dan kebaikan yang
dilakukannya justru lebih melimpah dari dosa yang dilakukannya."
Inginkan
kebaikan sebanyak bilangan makhluk Allah... seberat timbangan arasy... sebanyak
redha Allah?
Bacalah 3 kali…
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ
وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.
______________________________
عَنْ
جُوَيْرِيَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ
عِنْدِهَا بُكْرَةً حِينَ صَلَّى الصُّبْحَ وَهِيَ فِي مَسْجِدِهَا ثُمَّ رَجَعَ
بَعْدَ أَنْ أَضْحَى وَهِيَ جَالِسَةٌ فَقَالَ مَا زِلْتِ عَلَى الْحَالِ الَّتِي
فَارَقْتُكِ عَلَيْهَا قَالَتْ: نَعَمْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَوْ
وُزِنَتْ بِمَا قُلْتِ مُنْذُ الْيَوْمِ لَوَزَنَتْهُنَّ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا
نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ. (صحيح مسلم)
Maksudnya:
Daripada Juwairiyah
bahwasanya Nabi r keluar dari rumah Juwairiyah pada pagi hari usai sembahyang Subuh dan
dia tetap di tempat sembahyangnya. Tak lama kemudian Rasulullah r kembali setelah terbit fajar (pada waktu dhuha), sedangkan Juwairiyah
masih duduk di tempat sembahyangnya. Setelah itu, Rasulullah menyapanya:
"Ya Juwairiyah, kamu masih belum beranjak dari tempat sembahyangmu?"
Juwairiyah menjawab; 'Ya. Saya masih di sini, di tempat semula ya Rasulullah.'
Kemudian Rasulullah r berkata: 'Setelah
keluar tadi, aku telah mengucapkan empat rangkaian kata-kata -sebanyak tiga
kali- yang kalimat tersebut jika dibandingkan dengan apa yang kamu baca
seharian tentu akan sebanding, iaitu
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ
وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maha Suci Allah dengan
segala puji bagi-Nya sebanyak hitungan makhluk-Nya, menurut keridlaan-Nya,
menurut arasy-Nya dan sebanyak tinta kalimat-Nya.'
Inginkan ganjaran pahala sebanyak bilangan orang-orang Islam?
Cuba bayangkan
bilangan orang Islam sejak turun wahyu hingga ke hari ini...berapa bilion
agaknya?
Bacalah…
الَلَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَات وَ الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَات الأَحْياءِ مِنْهُمْ وَالاَمْوَات
عن عبادة بن الصامت ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم
يقول : « من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن ومؤمنة حسنة »( مسند
الشاميين للطبراني)
Maksudnya:
Daripada
Ubadah bin Shamit katanya saya mendengar, Rasulullah r
bersabda: sesiapa yang memohon keampunan untuk orang mukminin dan mukminat maka
ia dituliskan untuk setiap orang mukmin dan mukminah satu kebaikan.
Inginkan
ganjaran pahala sebanyak bacaan al-Quran keseluruhannya?
Bacalah 3 kali
…
عَنْ
أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ قُلْ
هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ
وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ.
(صحيح البخاري)
Maksudnya:
Daripada Abu Sa'id, ada
seorang laki-laki membaca
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ...,
ia membacanya secara
berulang-ulang. Pagi harinya, laki-laki tadi menemui Rasulullah r dan menceritakan kisahnya,
seolah-olah si laki-laki tadi menganggap remeh bacaannya. Lalu Rasulullah r bersabda: "Demi jiwaku
berada di gengaman-NYA, sungguh bacaan itu menyamai sepertiga al-quran."
Inginkan
timbangan amalan bertambah berat ketika ditimbang?
Bacalah...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى
الرَّحْمَنِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي
الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ. صحيح البخاري
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah
menuturkan; Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda: "Ada dua kalimah yang
ringan pada lidah, berat pada timbangan, dan disukai oleh Arrahman,
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ
الْعَظِيمِ
Inginkan pahala
merdekakan hamba?
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ
الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ
مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ
حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ
الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ
مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ,. (صحيح البخاري)
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t bahwa Rasulullah r bersabda: "Sesiapa
yang membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ
الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tidak ada tuhan (yang
berhak disembah) selain Allah Yang Maha Tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya.
Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu)
sebanyak seratus kali
dalam sehari, maka baginya mendapatkan pahala seperti membebaskan sepuluh orang
budak, ditetapkan baginya seratus hasanah (kebaikan) dan dijauhkan darinya
seratus keburukan dan baginya ada perlindungan dari (godaan) syaitan pada hari
itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang
membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat lebih banyak mengamalkan (membaca)
dzikir ini".
Inginkan pahala
lebih baik dari 100 kuda untuk perang sabil?
عَنْ أُمِّ هَانِئٍ قَالَتْ أَتَيْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ
فَإِنِّي قَدْ كَبِرْتُ وَضَعُفْتُ وَبَدُنْتُ فَقَالَ: كَبِّرِي
اللَّهَ مِائَةَ مَرَّةٍ وَاحْمَدِي اللَّهَ
مِائَةَ مَرَّةٍ وَسَبِّحِي اللَّهَ مِائَةَ
مَرَّةٍ خَيْرٌ مِنْ مِائَةِ فَرَسٍ مُلْجَمٍ مُسْرَجٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَخَيْرٌ مِنْ مِائَةِ بَدَنَةٍ وَخَيْرٌ مِنْ مِائَةِ رَقَبَةٍ. (سنن ابن ماجه)
Maksudnya;
Daripada Ummu Hani` dia
berkata; "Saya mengunjungi Rasulullah r dan bertanya;
"Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang suatu amalan, kerana
sesungguhnya usiaku telah lanjut dan saya telah melemah serta badanku pun telah
menggemuk." Baginda bersabda: "Bertakbirlah kepada Allah seratus
kali, dan bertahmidlah kepada Allah sebanyak seratus kali, dan bertasbihlah
kepada Allah seratus sekali, maka semua itu lebih baik dari seratus kuda yang
bertali kekang serta berpelana yang di infakkan untuk berperang di jalan Allah.
Dan lebih baik dari seratus unta yang gemuk, serta lebih baik dari membebaskan
seratus hamba sahaya."
No comments:
Post a Comment