PESAKIT DAN KEMATIAN
Maksudnya:
Sesungguhnya Abu hurairah RA ia berkata: Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang menyaksi jenazah sehingga ia disembahyangkan maka
untuknya satu qirat dan sesiapa yang menyaksi sehingga ia dikebumikan maka
untuknya dua qirat. Lalu baginda ditanya: Apa dia dua qirat? Baginda bersabda:
Ia umpama dua gunung yang besar.
Maksudnya:
Daripada Abdullah, daripada
Nabi r, baginda bersabda: Sesiapa yang meringankan orang yang
ditimpa musibah maka baginya ganjaran seperti orang yang ditimpa musibah.
Maksudnya:
Daripada
Abdullah bin Abi Bakr bin Muhammad bin Amr bin Hazm diberitahu daripada bapanya
diberitahu daripada datuknya bahawa Nabi r bersabda: Mana-mana di kalangan orang mukmin
yang menghiburkan saudaranya yang ditimpa suatu musibah maka Allah
memakaikannya dari pakaian yang mulia pada hari Kiamat.
Maksudnya:
Ali RA berkata: Aku mendengar
Rasulullah r bersabda: Mana-mana daripada kalangan orang muslim yang
melawat orang muslim pada waktu pagi, ia diselawatkan oleh 70,000 para malaikat
sehingga ke petang dan jika ia melawat pada petang 70,000 para malaikat
berselawatkan ke atasnya hingga ke pagi dan baginya setahun dalam syurga.
No comments:
Post a Comment