Apa itu Sunnah?

Wednesday, September 11, 2013

Rasulullah SAW mengajar kepadaku VI



Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah r bersabda: Dua kalimah yang mudah sebut oleh lidah dan berat dalam timbangan serta disukai oleh ar-Rahman iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيم
(Maha Suci Allah dan puji-pujian bagi-Nya Maha suci Allah Yang Maha Agung)





Maksudnya:
Daripada Juwairyah katanya bahawa Rasulullah r keluar dari sisinya awal subuh, sedangkan ia ketika itu di masjidnya kemudian baginda kembali semula selepas waktu dhuha, ketika itu ia sedang duduk. Lalu baginda bersabda: kamu masih dalam keadaan ini sejak akau tinggalkan kamu. Kata Juwairiyah: ya. Nabi r bersabda: aku mendahului kamu dengan ucapan empat kalimah sebanyak tiga kali. Jika ia diukur dengan apa yang ucapkan semenjak hari ini pasti seukurannya iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
(Maha Suci Allah dan segala puji-pujian bagi-Nya sebanyak bilangan makhluk-Nya, keredhaan-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya dan tinta yang menulis kalimah-kalimah-Nya.)



Maksudnya:
Daripada Sahl bin Muaz bin Anas daripada bapanya, katanya: Rasulullah r bersabda: sesiapa yang selesai makan lalu ia membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
(Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberikanku makanan ini, dan merezekikannya  bagiku dengan tiada daya dan kekuatan dariku)
Pasti diampun dosanya yang terdahulu.


Maksudnya:
Daripada Jabir, daripada Rasulullah r., katanya: sesiapa yang membaca:
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
( Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan puji-pujian bagiNya)
pasti ditumbuhkan untuk sepohon kurma dalam syurga.


Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang membaca pada pagi dan pada petang:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
( Maha Suci Allah dan puji-pujian bagiNya)

100X tiada seseorang pun yang dapat menandinginya lebih baik daripadanya pada hari Kiamat melainkan seseorang yang membacanya seperti yang dibacanya atau membaca lebih banyak daripadanya



Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang membaca:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
( Maha Suci Allah dan puji-pujian bagiNya)

100X dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan, tiada seseorang pun yang dapat menandinginya lebih baik daripadanya pada hari Kiamat melainkan seseorang yang membacanya seperti yang dibacanya atau membaca lebih banyak daripadanya.

Sepanjang pemerhatian terhadap apa yang berlaku di sekitar saya, didapati ada ramai orang membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan ibadat terutama zikir kepada Allah U, sebagai contoh antaranya seperti yang berlaku pada:
A)     Suri rumah:didapati tiada zikir diamalkan ketika melakukan kerja-kerja rumah seperti membuka paip air, ketika membasuh pinggan, membasuh beras untuk menanak nasi, membersihkan ikan, daging, memotong sayur, menumbuk bawang, mengisar lada hitam, setiap kali mengayun penyapu untuk menyapu sampah, membancuh susu anak, menjarang air, menyapu debu-debu, melipat pakaian, menyeterika pakaian, membasuh pakaian, menjemur pakaian, membersih dapur, menyiram pokok bunga dan sebagainya.
B)     Pekerja pejabat: ketika berada dalam lif didapati mereka membisu seribu bahasa pada hal masa tersebut boleh digunakan untuk berzikir, begitu juga ketika melayari internet mencari maklumat, memeriksa e-mail, print dokumen, menyusun fail-fail, memfomat komputer yang memerlukan masa lingkungan sejam setengah untuk menyelesaikannya, memasang perisian komputer, memasang kompunen komputer, scan dokumen, mungkin juga ada yang mengisi masa kosong dengan main games (alangkah bagusnya jika setiap kali klik dengan satu zikir), membaca buku novel, mencari kesalahan orang lain dan sebagainya.
C)     Para peniaga: ketika membuka kedai, ketika tiada pelanggan, mengemas barang-barang jualan, membersihkan kedai dan sebagainya.
D)    Pengawal keselamatan: ketika tiada manusia, memeriksa kawasan, tiada manusia yang mencurigakan dan sebagainya.
E)     Petani: ketika setiap kali menghayun pedang menebas rumput-rumput, mencangkul, menyemai benih, menyiram, membaja, membajak, menunai hasil dan sebagainya.
F)      Pemancing dan lain-lain lagi: ketika menanti ikan makan umpan, ketika dalam perjalanan ke tempat memancing, memasang joran dan sebagainya. Begitulah keadaan yang lain-lain lagi, sedangkan masa-masa tersebut boleh diisi dengan zikir-zikir yang mudah dan ringkas umpama:
سُبْحَانَ اللهِ.. سُبْحَانَ اللهِ.. سُبْحَانَ اللهِ.. سُبْحَانَ اللهِ.. سُبْحَانَ اللهِ..
اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ..
اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ...
لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ... لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ... لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ... لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ... لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ...
أَسْتَغْفِرُ اللهَ... أَسْتَغْفِرُ اللهَ... أَسْتَغْفِرُ اللهَ... أَسْتَغْفِرُ اللهَ... أَسْتَغْفِرُ اللهَ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...

No comments: