Maksudnya:
Daripada
Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Bersugi itu membersihkan mulut dan
mendapat keredhaan Tuhan.
Maksudnya:
Daripada
Abu Musa RA katanya, Nabi SAW bersabda: Perumpamaan orang yang berzikir kepada
Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya seperti orang yang hidup
dan orang yang mati.
Maksudnya:
Rasulullah
SAW bersabda: Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad hingga habis maka ia
telah membaca satu pertiga al-Quran.
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Seseorang hamba itu sangat
dekat dengan Tuhannya ketika sujud oleh itu perbanyakanlah doa.
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Apakah kamu mahu aku ajarkan
kamu, apabila kamu melakukannya kamu pasti berkasih sayang? Kamu sebarkanlah
salam di kalangan kamu.
Maksudnya:
Daripada
Anas Bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW besabda: Sesungguhnya Allah
berfirman: Apabila Aku menguji hamba dengan apa yang ia sangat sayang iaitu
matanya (maksudnya dibutakan kedua matanya) maka ia bersabar di atas ujian itu, Aku akan menggantikan kedua
matanya dengan Syurga.
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ke pergi masjid
maka ketika ia pemergiannya itu Allah menyediakan untuknya satu tempat dalam
syurga setiap kali ia pergi ke masjid.
Maksudnya:
Daripada
Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersumpah hendaklah
ia bersumpah dengan nama Allah atau ia berdiam diri (jangan ia bersumpah dengan
yang lain daripada nama Allah)..
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Para
malaikat tidak menemani orang yang bertemankan anjing atau loceng.
Maksudnya:
Rasulullah
SAW bersabda: Apabila seseorang daripada kalangan kamu minum maka jangan ia
bernafas dalam gelas itu.
No comments:
Post a Comment