Maksudnya:
Anas
bin Malik RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:… Tiada halal bagi
seseorang muslim itu memulau saudaranya melebihi tiga malam.
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga orang
yang memutuskan hubungan rahim.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda: Sesiapa yang menjalani satu jalan untuk mendapatkan ilmu maka Allah
pasti memudahkan baginya satu jalan untuk ke syurga.
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:… Apabila
kamu mendengar keldai menjerit maka mintalah perlindungan Allah kerana ia
melihat syaitan.
Maksudnya:
Daripada Bahzi bin Hakim daripada bapanya daripada
datuknya katanya, saya bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang
patut saya lebihkan berbuat baik? Baginda bersabda: Ibumu. Selepas itu siapa?
Ibumu. Kemudian siapa? Ibumu. Kemudian siapa? Bapamu. Kemudian? Yang lebih
dekat hubungan keluarga kamu.
Maksudnya:
Daripada Usamah bin Zaid RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda: Orang yang mendapat kebaikan maka ia perlu berkata kepada orang yang
memberikan kebaikan : (جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا ) ianya lebih setimpal dalam
memujinya. (ia lebih baik daripada ucapan terima kasih dan boleh juga
digabungkan dengan ucapan terima kasih dan jazakallahu khairan kasira).
Maksudnya:
Daripada Abu Said RA katanya, apabila Rasulullah SAW mendapat
suatu baju baginda menamakan dengan namanya sama ada baju atau sarban kemudian
baginda membaca:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ
كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ وَأَعُوذُ بِكَ
مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ
Maksudnya:
Daripada
Ibnu Omar RA katanya, bahawa Rasulullah SAW kepada Omar berpakaian baju putih
lalu baginda bersabda: Baju kami ini dicucikah atau baru? Lalu Omar RA berkata:
Bakan baju baru tetapi ianya dicuci. Lalu Baginda bersabda:
الْبَسْ جَدِيدًا وَعِشْ حَمِيدًا وَمُتْ شَهِيدًا
Maksudnya:
Muawiyah
RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang Allah inginkan dia baik maka ia
difahamkan tentang urusan agama.
Maksudnya:
Daripada
Anas bin Malik RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu saling
memarahi, jangan kamu saling menghasadi, jangan kamu saling membelakangi dan
jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.
No comments:
Post a Comment