Apa itu Sunnah?

Sunday, December 16, 2012

Rasulullah SAW mengajar kepadaku IV

 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah Saw bersabda: Banyakkanlah ucapan:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Kerana ia adalah satu daripada bendahara syurga.

 
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW berdoa ketika kesedihan dengan ungkapan:
لاً إِلَهَ إِلا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لاً إِلَهَ إِلاً اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالأََرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ


 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Dua kalimah yang ringan pada lidah dan berat pada timbangan serta disukai ar-Rahman iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ


 
Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu makan dengan tangan kiri kerana syaitan makan tangan kiri.


 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap itu daripada syaitan dari itu apabila seseorang kamu menguap makan hendaklah ia menutup mulutnya (mengetap mulut) sekuat kemampuan kerana apabila kamu mengeluarkan bunyi haa maka berketawalah syaitan kegembiraan


 
Maksudnya:
Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berucapa:
رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاُ
Pasti ia dapat masuk syurga.


 
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tiada tertimpa seseorang mukmin daripada duri atau yang lebih besar daripada duri melainkan Allah meninggikan darjatnya satu darjat atau menghapus darinya satu kesalahan.


 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang duduk dalam suatu majlis yang banyak perkara sia-sia. Dari itu sebelum ia bangun daripada majlis tersebut dengan ucapan:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Melainkan diampunkan dosanya yang di dalam majlis itu.


 
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Tunaikan amanah kepada orang yang diamanahkan dan jangan kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu.



Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melihat seseorang yang ditimpa bala lalu ia membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا
Maka ia tidak akan terkena bala tersebut.

No comments: