Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak
kasihan anak-anak kecil kami dan tidak menghormati oarang yang tua.
Maksudnya:
Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat
ke atasku sekali maka Allah berselewat ke atasnya sepuluh kali, dihapuskan
daripadanya sepuluh kejahatan dan ditinggikan untuknya sepuluh darjat.
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beristighfar untuk orang mukmin
lelaki dan perempuan maka Allah menulis untuknya seorang mukmin yang ia istighfarkan itu satu
kebaikan.
Maksudnya:
Daripada Osman bin Afwan katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik kamu
ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu menyayangi saudaramu maka hendaklah
ia memberi tahu kepadanya bahawa ia menyayanginya.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah orang
yang kuat itu dengan bertumbuk. Yang kuat sebenarnya orang yang dapat menahan
diri ketika marah.
Maksudnya:
Sabda Rasulullah SAW kepadaku: Wahai anak muda, bacalah bismillah, makanlah
dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang ada di hadapanmu.
Maksudnya:
Rasulullah
SAW bersabda: Sesiapa yang makan lalu ia membaca:
)الْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ
قُوَّةٍ(
maka diampunkan dosanya yang telah lalu.
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW. bersabda: Apabila kamu mendengar ayam
berkokok maka mohonlah kelebihan kepada Allah kerana ayam itu melihat malaikat.
Maksudnya:
Daripada
Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:Mana-mana orang Muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian
hasilnya dimakan burung, manusia atau binatang ternakan maka
untuk orang yang menanam itu mendapat
pahala sedekah.
No comments:
Post a Comment