Apa itu Sunnah?

Monday, September 16, 2013

Rasulullah SAW mengajar kepadaku VII


Maksudnya:
Daripada Abu Umamah katanya, Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang membaca ayat kursi selepas setiap kali sembahyang fardhu, ia tiada halangan untuk masuk syurga melainkan kematian.


Maksudnya:
Daripada Abu Dardak RA, katanya bahawa Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang menghafaz 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi, ia pasti terpelihara daripada fitnah dajal.



Maksudnya:
Daripada bapa Mu'as bin Anas al-Juhani sahabar Rasulullah r, daripada Rasulullah r, baginda bersabda: Sesiapa membaca:
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)
10X hingga sempurna, Allah pasti binakan untuknya sebuah mahligai dalam syurga. 
Lalu Umar bin al-Khattab RA berkata: Jika kalau begitu perbanyakan wahai Rasulullah r
Baginda bersabda: Lebih banyak lebih baik lagi.

anda boleh membacanya dalam masa 1 minit sahaja...
mungkin juga anda dapat membacanya ketika lampu isyarat merah
jadi dalam 1 minit boleh bina 1 istana dalam syurga... mudahkan???

No comments: