Apa itu Sunnah?

Tuesday, September 17, 2013

Rasulullah SAW mengajar kepadaku VIII

KELEBIHAN AZAN DAN SEMBAHYANG-SEMBAHYANG



Maksudnya:
Daripada Aisyah daripada Rasulullah, baginda bersabda: Dua rakaat sembahyang subuh, lebih baik daripada dan isi-isinya.


Maksudnya:
Daripada Anas bin Sirin katanya: Aku mendengar Jundub bin Abdullah berkata: Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang sembahyang Subuh, ia dalam jaminan Allah. Allah tidak menuntut sesuatu yang dalam jaminannya dengan apa-apa pun.


Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah r bersabda: Sesiapa sembahyang selama 40 hari secara berjemaah tanpa tertinggal takbir pertama, dituliskan untuknya dua kebebasan iaitu bebas daripada api neraka dan bebas daripada nifak.


 Maksudnya:
Aus bin Aus as-Saqafi katanya: Aku mendengar Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang bersuci pada hari Jumaat dan mandi kemudian ia ke masjid awal, ia berjalan kaki, tidak berkenderaan dan mendahului imam lalu mendengar khutbah bersungguh-sungguh dan tidak bercakap yang mensia-siakannya, adalah baginya setiap langkah adalah ganjaran ibadat setahun puasa dan mendirikannya.


Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah r. bersabda: Kalaulah manusia itu tahu tentang apa yang ada dalam azan dan saf pertama kemudian ia tidak mendapatkannya melainkan berhimpit-himpit, pasti mereka akan berhimpit-himpit untuk mendapatkannya.

nt
 Maksudnya:
Daripada umm Habibah katanya: Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang sembahyang dalam sehari semalam 12 rakaat (selain daripada sembahyang fardhu), dibinakan untuknya sebuah istana dalam syurga, iaitu empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum sembahyang fardhu subuh.

ini harga sebuah istana dalam syurga... ada sesiapa nak beli?



 Maksudnya:
Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang sembahyang Isyak secara berjemaah, ia seolah-olah telah mendirikan setengah malam dan sesiapa yang sembahyang subuh secara berjemaah, ia seolah-olah mendirikan malam kesemuanya.



Maksudnya:
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang sembahyang subuh secara berjemaah kemudian ia duduk berzikir kepada sehingga terbit matahari lalu ia sembahyang dua rakaat adalah baginya ganjaran haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna.


No comments: