Apa itu Sunnah?

Sunday, December 30, 2012

Rasulullah SAW mengajar kepadaku V

 Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Tuhan.

 Maksudnya:
Daripada Abu Musa RA katanya, Nabi SAW bersabda: Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya seperti orang yang hidup dan orang yang mati.

 Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad hingga habis maka ia telah membaca satu pertiga al-Quran.

 Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Seseorang hamba itu sangat dekat dengan Tuhannya ketika sujud oleh itu perbanyakanlah doa.

 Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Apakah kamu mahu aku ajarkan kamu, apabila kamu melakukannya kamu pasti berkasih sayang? Kamu sebarkanlah salam di kalangan kamu.


 Maksudnya:
Daripada Anas Bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW besabda: Sesungguhnya Allah berfirman: Apabila Aku menguji hamba dengan apa yang ia sangat sayang iaitu matanya (maksudnya dibutakan kedua matanya) maka ia bersabar  di atas ujian itu, Aku akan menggantikan kedua matanya dengan Syurga.

 Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ke pergi masjid maka ketika ia pemergiannya itu Allah menyediakan untuknya satu tempat dalam syurga setiap kali ia pergi ke masjid.

 Maksudnya:
Daripada Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersumpah hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah atau ia berdiam diri (jangan ia bersumpah dengan yang lain daripada  nama Allah)..

 Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Para malaikat tidak menemani orang yang bertemankan anjing atau loceng.


Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang daripada kalangan kamu minum maka jangan ia bernafas dalam gelas itu.

Sunday, December 16, 2012

Rasulullah SAW mengajar kepadaku IV

 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah Saw bersabda: Banyakkanlah ucapan:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Kerana ia adalah satu daripada bendahara syurga.

 
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW berdoa ketika kesedihan dengan ungkapan:
لاً إِلَهَ إِلا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لاً إِلَهَ إِلاً اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالأََرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ


 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Dua kalimah yang ringan pada lidah dan berat pada timbangan serta disukai ar-Rahman iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ


 
Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu makan dengan tangan kiri kerana syaitan makan tangan kiri.


 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap itu daripada syaitan dari itu apabila seseorang kamu menguap makan hendaklah ia menutup mulutnya (mengetap mulut) sekuat kemampuan kerana apabila kamu mengeluarkan bunyi haa maka berketawalah syaitan kegembiraan


 
Maksudnya:
Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berucapa:
رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاُ
Pasti ia dapat masuk syurga.


 
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tiada tertimpa seseorang mukmin daripada duri atau yang lebih besar daripada duri melainkan Allah meninggikan darjatnya satu darjat atau menghapus darinya satu kesalahan.


 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang duduk dalam suatu majlis yang banyak perkara sia-sia. Dari itu sebelum ia bangun daripada majlis tersebut dengan ucapan:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Melainkan diampunkan dosanya yang di dalam majlis itu.


 
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Tunaikan amanah kepada orang yang diamanahkan dan jangan kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu.



Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melihat seseorang yang ditimpa bala lalu ia membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا
Maka ia tidak akan terkena bala tersebut.

Tuesday, December 4, 2012

Rasulullah SAW mengajar kepadaku III

Maksudnya:
Anas bin Malik RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:… Tiada halal bagi seseorang muslim itu memulau saudaranya melebihi tiga malam.



Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan rahim.


 
Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjalani satu jalan untuk mendapatkan ilmu maka Allah pasti memudahkan baginya satu jalan untuk ke syurga.


 
Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:… Apabila kamu mendengar keldai menjerit maka mintalah perlindungan Allah kerana ia melihat syaitan.

 
Maksudnya:

Daripada Bahzi bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya katanya, saya bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang patut saya lebihkan berbuat baik? Baginda bersabda: Ibumu. Selepas itu siapa? Ibumu. Kemudian siapa? Ibumu. Kemudian siapa? Bapamu. Kemudian? Yang lebih dekat hubungan keluarga kamu.


 
Maksudnya:

Daripada Usamah bin Zaid RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mendapat kebaikan maka ia perlu berkata kepada orang yang memberikan kebaikan : (جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا ) ianya lebih setimpal dalam memujinya. (ia lebih baik daripada ucapan terima kasih dan boleh juga digabungkan dengan ucapan terima kasih dan jazakallahu khairan kasira).


 
Maksudnya:

Daripada Abu Said RA katanya, apabila Rasulullah SAW mendapat suatu baju baginda menamakan dengan namanya sama ada baju atau sarban kemudian baginda membaca:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ

 
Maksudnya:

Daripada Ibnu Omar RA katanya, bahawa Rasulullah SAW kepada Omar berpakaian baju putih lalu baginda bersabda: Baju kami ini dicucikah atau baru? Lalu Omar RA berkata: Bakan baju baru tetapi ianya dicuci. Lalu Baginda bersabda:
الْبَسْ جَدِيدًا وَعِشْ حَمِيدًا وَمُتْ شَهِيدًا

 
Maksudnya:

Muawiyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang Allah inginkan dia baik maka ia difahamkan tentang urusan agama.



 
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu saling memarahi, jangan kamu saling menghasadi, jangan kamu saling membelakangi dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.

Monday, December 3, 2012

Rasulullah SAW mengajar kepadaku II

 
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak kasihan anak-anak kecil kami dan tidak menghormati oarang yang tua.


 
Maksudnya:
Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah berselewat ke atasnya sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan dan ditinggikan untuknya sepuluh darjat.


 
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beristighfar untuk orang mukmin lelaki dan perempuan maka Allah menulis untuknya seorang  mukmin yang ia istighfarkan itu satu kebaikan.


 
Maksudnya:
Daripada Osman bin Afwan katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.


 
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu menyayangi saudaramu maka hendaklah ia memberi tahu kepadanya bahawa ia menyayanginya.


 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah orang yang kuat itu dengan bertumbuk. Yang kuat sebenarnya orang yang dapat menahan diri ketika marah.


 
Maksudnya:
Sabda Rasulullah SAW kepadaku: Wahai anak muda, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang ada di hadapanmu.


 
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang makan lalu ia membaca:
)الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ(
maka diampunkan dosanya yang telah lalu.


 
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW. bersabda: Apabila kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kelebihan kepada Allah kerana ayam itu melihat malaikat.



Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:Mana-mana orang Muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia atau binatang ternakan maka untuk orang yang menanam itu mendapat pahala sedekah.