Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah r bersabda: Dua kalimah yang mudah sebut oleh
lidah dan berat dalam timbangan serta disukai oleh ar-Rahman iaitu:
سُبْحَانَ
اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيم
(Maha Suci Allah dan
puji-pujian bagi-Nya Maha suci Allah Yang Maha Agung)
Maksudnya:
Daripada
Juwairyah katanya bahawa Rasulullah r keluar dari sisinya awal subuh, sedangkan ia
ketika itu di masjidnya kemudian baginda kembali semula selepas waktu dhuha,
ketika itu ia sedang duduk. Lalu baginda bersabda: kamu masih dalam keadaan ini
sejak akau tinggalkan kamu. Kata Juwairiyah: ya. Nabi r bersabda: aku mendahului kamu dengan ucapan
empat kalimah sebanyak tiga kali. Jika ia diukur dengan apa yang ucapkan
semenjak hari ini pasti seukurannya iaitu:
سُبْحَانَ
اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ
وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
(Maha Suci Allah dan
segala puji-pujian bagi-Nya sebanyak bilangan makhluk-Nya, keredhaan-Nya,
seberat timbangan Arasy-Nya dan tinta yang menulis kalimah-kalimah-Nya.)
Maksudnya:
Daripada
Sahl bin Muaz bin Anas daripada bapanya, katanya: Rasulullah r bersabda: sesiapa yang selesai makan lalu ia
membaca:
الْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ
قُوَّةٍ
(Segala puji-pujian bagi Allah yang
telah memberikanku makanan ini, dan merezekikannya bagiku dengan tiada daya dan kekuatan dariku)
Pasti
diampun dosanya yang terdahulu.
Maksudnya:
Daripada
Jabir, daripada Rasulullah r., katanya: sesiapa yang membaca:
سُبْحَانَ
اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
( Maha Suci Allah Yang
Maha Agung dan puji-pujian bagiNya)
pasti
ditumbuhkan untuk sepohon kurma dalam syurga.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah katanya,
Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang membaca pada pagi dan pada
petang:
سُبْحَانَ اللَّهِ
وَبِحَمْدِهِ
( Maha Suci Allah dan puji-pujian bagiNya)
100X tiada seseorang pun yang dapat
menandinginya lebih baik daripadanya pada hari Kiamat melainkan seseorang yang
membacanya seperti yang dibacanya atau membaca lebih banyak daripadanya
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda:
Sesiapa yang membaca:
سُبْحَانَ اللَّهِ
وَبِحَمْدِهِ
( Maha Suci Allah dan puji-pujian bagiNya)
100X dihapuskan kesalahannya
walaupun sebanyak buih di lautan, tiada seseorang pun yang dapat menandinginya
lebih baik daripadanya pada hari Kiamat melainkan seseorang yang membacanya
seperti yang dibacanya atau membaca lebih banyak daripadanya.
Sepanjang pemerhatian terhadap apa yang
berlaku di sekitar saya, didapati ada ramai orang membiarkan masa berlalu tanpa
diisi dengan ibadat terutama zikir kepada Allah U, sebagai contoh antaranya seperti yang berlaku pada:
A) Suri rumah:didapati tiada zikir diamalkan ketika melakukan
kerja-kerja rumah seperti membuka paip air, ketika membasuh pinggan, membasuh
beras untuk menanak nasi, membersihkan ikan, daging, memotong sayur, menumbuk
bawang, mengisar lada hitam, setiap kali mengayun penyapu untuk menyapu sampah,
membancuh susu anak, menjarang air, menyapu debu-debu, melipat pakaian,
menyeterika pakaian, membasuh pakaian, menjemur pakaian, membersih dapur,
menyiram pokok bunga dan sebagainya.
B) Pekerja pejabat: ketika berada dalam lif didapati mereka
membisu seribu bahasa pada hal masa tersebut boleh digunakan untuk berzikir, begitu
juga ketika melayari internet mencari maklumat, memeriksa e-mail, print
dokumen, menyusun fail-fail, memfomat komputer yang memerlukan masa lingkungan
sejam setengah untuk menyelesaikannya, memasang perisian komputer, memasang
kompunen komputer, scan dokumen, mungkin juga ada yang mengisi masa kosong
dengan main games (alangkah bagusnya jika setiap kali klik dengan satu zikir),
membaca buku novel, mencari kesalahan orang lain dan sebagainya.
C) Para peniaga: ketika membuka kedai, ketika tiada
pelanggan, mengemas barang-barang jualan, membersihkan kedai dan sebagainya.
D) Pengawal keselamatan: ketika tiada manusia, memeriksa kawasan,
tiada manusia yang mencurigakan dan sebagainya.
E) Petani: ketika setiap kali menghayun pedang menebas
rumput-rumput, mencangkul, menyemai benih, menyiram, membaja, membajak, menunai
hasil dan sebagainya.
F) Pemancing dan lain-lain lagi: ketika menanti ikan makan umpan, ketika
dalam perjalanan ke tempat memancing, memasang joran dan sebagainya. Begitulah
keadaan yang lain-lain lagi, sedangkan masa-masa tersebut boleh diisi dengan
zikir-zikir yang mudah dan ringkas umpama:
سُبْحَانَ اللهِ.. سُبْحَانَ اللهِ.. سُبْحَانَ اللهِ.. سُبْحَانَ اللهِ.. سُبْحَانَ اللهِ..
اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ..
اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ.. اَلْحَمْدُ ِللهِ..
اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ...
اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ... اَللهُ أَكْبَرُ...
لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ... لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ...
لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ... لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ... لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ...
أَسْتَغْفِرُ اللهَ... أَسْتَغْفِرُ اللهَ... أَسْتَغْفِرُ
اللهَ... أَسْتَغْفِرُ اللهَ... أَسْتَغْفِرُ اللهَ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...